Saturday, 12 September 2015

Kem Cemerlang Jawi 1, 2015

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Cemerlang Jawi Siri 1 pada ketetapan berikut:

    Tarikh / Hari: 12 September 2015 / Sabtu.
     Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari.
     Tempat: Dewan Perdana dan sekitar SKTPP.

Alhamdulillah, kem ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun kehadiran murid amat tidak memuaskan. Aktiviti dijalan berdasarkan kepada modul yang telah disediakan. Justeru, guru-guru telah ditugaskan mengikut modul (stesen) yang ditetapkan dan murid- murid dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil. Kem ini mampu menarik minat murid mempelajari jawi dengan mudah dan seronok. Ini terbukti apabila didapati peserta kem jawi menyatakan rasa seronok dan murid dapat membaca jawi dengan lancar. Tahniah semua.
Seronok...peserta Kem Cemerlang Jawi menjalankan aktiviti permainan jawi.
Peserta diuji secara lisan dan bertulis.
Rehat sebentar..Makanan guru- guru dan murid- murid ditaja oleh pihak kantin. Terima kasih.
Sesi pendaftaran dan pecahan kumpulan.

Sebahagian peserta bergambar sebelum pulang. Tahniah.. Anda bijak jawi!

Bukanlah kebaikan itu dengan banyaknya harta dan anak, tetapi dengan banyaknya ilmu, besarnya kesabaran, mengungguli orang lain dalam ibadahnya, apabila berbuat kebaikan ia bersyukur dan bila berbuat salah (dosa) ia beristighfar kepada Allah. (Ali bin Abi Thalib )

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Binti Zubir