Friday, 25 July 2014

Majlis Khatam Al-Quran

Tarikh : 25 Julai 2014
Masa  : 9.00 -11.00 pagi
Penyertaan : 30 orang murid khatam dipilih daripada murid tadarus
                    153 orang murid tadarus

Sepanjang bulan Ramadan, seramai 153 orang murid dari sesi pagi telah menyertai majlis tadarus yang telah dilaksanakan pada waktu rehat. Majlis kemuncak Khatam Al-Quran telah diadakan pada hari Jumaat 25 Julai 2014.
Berikut adalah gambar-gambar semasa majlis khatam berlangsung:

 Bacaan ayat suci Al-Quran



 Alunan Nasyid dari murid perempuan
 Alunan Nasyid dari murid lelaki

 Sumbangan ikhlas dari pihak sekolah kepda murid khatam dan tadarus
  Sumbangan ikhlas dari pihak sekolah kepda murid khatam dan tadarus


 Murid mendengar dengan penuh khusyuk
 Ucapan daripada Guru Besar
Ucapan dari pada Pengerusi Majlis

Monday, 21 July 2014

Ceramah Sempena Hari Nuzul Al-Quran

Hari    : Isnin
Tarikh : 21 Julai 2014
Masa  : 9.00 pagi
Nama penceramah: Al-Fadhil Ustaz Asyapul Adli bin Satiman

Pengisian ceramah:
Ceramah ini diadakan untuk memberikan kefahaman kepada murid tentang kepentingan penghayatan hari Nuzul Al-Quran dan tanggung jawab murid sebagai pelajar dalam aspek sebagai seorang anak dan murid. Segala isi ceramah disampaikan dengan penuh keinsafan dan penghayatan. Murid dapat banyak manfaat dari ceramah tersebut.

Antara intipati yang telah disampaikan ialah:

  1. Kepentingan dan pahala membaca Al-Quran
  2. Tanggung jawab murid sebagai seorang anak dan pelajar
  3. Pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dan guru
  4. Doa untuk kedua ibu bapa
  5. Doa-doa yang mustajab
  6. Ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan kejadian manusia dan alam semesta
  7. Pembalasan bagi anak-anak yang menderhaka dan mengabaikan kewajipan terhadap ibu bapa
  8. Janji-janji Allah kepada manusia 
Semoga segala yang isi ceramah yang disampaikan akan menjadi panduan untuk kita semua.

Berikut adalah antara paparan sepanjang program tersebut:
 Kejadian matahari yang berada di atas paksinya
 Ceramah yang penuh penghayatan

 Murid PPKI dan prasekolah turut mendengar ceramah Nuzul Al-Quran

 Nikmat syurga yang dijanjikan oleh Allah 

Sunday, 6 July 2014

Program Ihya' Ramadhan SKTPP 2014

Pada 30 Jun 2014,Panitia Pendidikan Islam  SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan yang akan berjalan selama sebulan tahun ini. Pelancarannya telah dibuat secara ringkas dalam perhimpunan rasmi sesi pagi dan petang.

Dalam majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini telah menyaksikan Puan Rohaidah binti Mohd Ali melakukan upacara simbolik pelancaran dengan memotong reben menurunkan kain rentang Program Ihya' Ramadhan serta menderma dalam Tabung Ihya' Ramadhan. Sebelum itu, beliau turut memberi sedikit ucapan ringkas bagi merasmikan majlis tersebut.

 Objektif Program
1.   Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
2.   Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain.
3      Memberi peluang warga sekolah memberi sumbangan ikhlas dalam saham akhirat
4.     Menggalakkan ibadah membaca al-Quran dalam kalangan guru dan pelajar.
5.    Menghayati dan mengimarahkan ibadat puasa dengan amalan sedekah dan  solat sunat serta merapatkan lagi ukhwah sesama islam.

 Tarikh
1.    Program Ihya’ Sepanjang Bulan Ramadhan 30 Jun – 25 Julai 2014
2.    Majlis Khatam & penutup pada 25 Julai Bersamaan 27 Ramadhan.

Aktiviti
            1       Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
            2       Risalah Ramadhan
            3       Sumbangan anak yatim
            4       Tadarus Al-Quran
            5       Tazkirah & Kuiz
            6.      Ceramah sempena Nuzul Quran
            7.      Majlis khatam Al Quran

  Berikut adalah antara gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan :-

1.  Majlis pelancaran Program Ihya' Ramadhan
Ucapan daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam Pn Nurzainon Md Razalli

Ucapan perasmian daripada Guru Besar SKTPP Pn Rohaidah bt Mohd Ali
Pelancaran Tabung sumbangan anak yatim dan khatam Quran
Pn Rohaidah Ali merasmikan dengan memotong reben
 2. Aktiviti  Tadarrus Al-Quran
Tadarrus di dewan Putra

Murid bersama guru bertadarrus Al Quran
Guru mengambil kedatangan murid yang hadir bertadarrus
3. Program Tazkirah dan Kuiz bagi murid-murid yang tidak menyertai tadarrus

Murid mendengar tazkirah pada waktu rehat
Murid tekun mendengar tazkirah 
Guru menyampaikan tazkirah
Murid tahun 5 sedang menjawab soalan kuiz
Guru menguji pengetahuan mengenai puasa
Diharapkan setiap aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan sahsiah dan akhlak pelajar yang cemerlang dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan pelajar dan juga guru-guru..

Disediakan oleh :

Pn Nurzainon bt Mohd Razalli
Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP