Sunday, 6 July 2014

Program Ihya' Ramadhan SKTPP 2014

Pada 30 Jun 2014,Panitia Pendidikan Islam  SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan yang akan berjalan selama sebulan tahun ini. Pelancarannya telah dibuat secara ringkas dalam perhimpunan rasmi sesi pagi dan petang.

Dalam majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini telah menyaksikan Puan Rohaidah binti Mohd Ali melakukan upacara simbolik pelancaran dengan memotong reben menurunkan kain rentang Program Ihya' Ramadhan serta menderma dalam Tabung Ihya' Ramadhan. Sebelum itu, beliau turut memberi sedikit ucapan ringkas bagi merasmikan majlis tersebut.

 Objektif Program
1.   Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak.
2.   Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain.
3      Memberi peluang warga sekolah memberi sumbangan ikhlas dalam saham akhirat
4.     Menggalakkan ibadah membaca al-Quran dalam kalangan guru dan pelajar.
5.    Menghayati dan mengimarahkan ibadat puasa dengan amalan sedekah dan  solat sunat serta merapatkan lagi ukhwah sesama islam.

 Tarikh
1.    Program Ihya’ Sepanjang Bulan Ramadhan 30 Jun – 25 Julai 2014
2.    Majlis Khatam & penutup pada 25 Julai Bersamaan 27 Ramadhan.

Aktiviti
            1       Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
            2       Risalah Ramadhan
            3       Sumbangan anak yatim
            4       Tadarus Al-Quran
            5       Tazkirah & Kuiz
            6.      Ceramah sempena Nuzul Quran
            7.      Majlis khatam Al Quran

  Berikut adalah antara gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan :-

1.  Majlis pelancaran Program Ihya' Ramadhan
Ucapan daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam Pn Nurzainon Md Razalli

Ucapan perasmian daripada Guru Besar SKTPP Pn Rohaidah bt Mohd Ali
Pelancaran Tabung sumbangan anak yatim dan khatam Quran
Pn Rohaidah Ali merasmikan dengan memotong reben
 2. Aktiviti  Tadarrus Al-Quran
Tadarrus di dewan Putra

Murid bersama guru bertadarrus Al Quran
Guru mengambil kedatangan murid yang hadir bertadarrus
3. Program Tazkirah dan Kuiz bagi murid-murid yang tidak menyertai tadarrus

Murid mendengar tazkirah pada waktu rehat
Murid tekun mendengar tazkirah 
Guru menyampaikan tazkirah
Murid tahun 5 sedang menjawab soalan kuiz
Guru menguji pengetahuan mengenai puasa
Diharapkan setiap aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan sahsiah dan akhlak pelajar yang cemerlang dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan pelajar dan juga guru-guru..

Disediakan oleh :

Pn Nurzainon bt Mohd Razalli
Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP

No comments:

Post a Comment