Wednesday, 31 December 2014

Mesyuarat Panitia Pendikan Islam Dan Panitia Bahasa Arab Tahun 2015

Mesyuarat kali pertama bagi perancangan tahun 2015 telah diadakan pada:

Tarikh : 30.12.2014
Tempat : Surau SKTPP










Saturday, 25 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436 Hijrah



DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH 2014
Hari ini 24 Oktober 2014 merupakan hari terakhir tahun Hijrah 1435. Selepas maghrib 24 Oktober 2014 kita akan masuk pada tahun baru Hijrah 1436.
Bersempena akhir tahun dan awal tahun Hijrah ini kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah 2014 ini untuk mendapat rahmat dari-Nya.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1435 (2014)
Doa akhir tahun ini dibaca 3 kali selepas solat fardhu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah(24 Oktober 2014).
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1436 (2014)
Doa awal tahun ini dibaca 3 kali selepas solat fardhu maghrib 1 Muharram (24 Oktober 2014). 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Saturday, 27 September 2014

Kem Bestari Solat Tahun 4 dan 5 (Siri 3)

Pada 27 September 2014, Kem Bestari Solat Tahun 4 dan 5 (siri 3) telah diadakan. Alhamdulillah, kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya anjuran Panitia Pendidikan Islam SKTPP. Seramai 82 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4 dan tahun 5 telah menghadiri kem kali ini. Semoga kem ini dapat menjadi pemangkin kepada murid dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kewajipan solat serta memperelokkan lagi perlakuan dan bacaan dalam solat.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yg telah bekerjasama menjayakan kem kali ini.


Murid berkumpul di dataran perhimpunan sebelum
dibahagikan kepada kumpulan

 Ustazah Nora Azean sedang memberi penerangan 
dan dibantu oleh Cikgu Azwani

Kelas tahun 5 yang berada di bilik KH

Murid menikmati makanan yang disediakan

Wajah-wajah ceria fasilitator KBS

Pn. Jamilah bt Arifin (PK HEM) turut menunjukkan cara 
mengambil wudhuk dengan sempurna

Berwudhuk sebelum melakukan amali solat berjemaah

Amali solat berjemaah diimamkan oleh wakil murid tahun 5


Rumusan selepas amali solat berjemaah oleh Ust Wahiduddin


Disediakan oleh :
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Faridatul-Akmal bt Ismail

Tuesday, 23 September 2014

Mahrajan j-QAF (Dikir Barat Bahasa Arab) Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Sepang Tahun 2014M/1435H

Pada 23 September 2014 telah diadakan program Mahrajan j-QAF (Dikir Barat Bahasa Arab) Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Sepang Tahun 2014M / 1435H. Program ini adalah program tahunan yang dilaksanakan di bawah Sektor Pendidikan Islam. 

SK Taman Putra Perdana telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Daerah Sepang untuk melaksanakan Mahrajan j-QAF (Dikir Barat Bahasa Arab) dan dilaksanakan di Dewan Sri Putra, SMK Taman Putra Perdana .  SK Taman Putra Perdana juga tidak ketinggalan menghantar wakil untuk menyertai mahrajan pada tahun ini sekaligus telah menyandang Naib Johan bagi Daerah Sepang.

Tema mahrajan pada tahun ini ialah " Al-Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiah".

Tujuan Mahrajan diadakan adalah untuk :

1) Memberi peluang kepada peserta untuk memperkembangkan bakat melalui modul yang    diperkenalkan.
2) Mewujudkan semangat  persaingan yang sihat dalam kalangan peserta.
3) Melahirkan peserta yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan.
4) Memperkembangkan potensi peserta dan bidang Kokurikulum Pendidikan Islam.
5) Mencari pemenang yang akan mewakili Daerah Sepang. 

Sesi pendaftaran murid SKTPP

Pendaftaran murid SK Taman Seroja

"SKTPP Benci Dadah"

AJK Pelaksana Mahrajan

Pengerusi Majlis dan Penjaga Masa

Barisan Hakim

Persembahan : SK Taman Putra Perdana

Persembahan SK Taman Seroja

Persembahan : SK Sg Merab

Bacaan Doa Majlis Perasmian Penutupan Mahrajan oleh Ust Mahadir bin Midun

Ucapan Guru Besar Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali

Ucapan Perasmian Penutup Oleh Ust Ghani bin Hashim (Pegawai PPD)

Penyampaian Hadiah kepada pemenang

Penyampaian cenderahati kepada perasmi

Disediakan oleh:
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Nora bt Sabihi

Wednesday, 20 August 2014

Pemantauan j-QAF

Alhamdulillah SK Taman Putra Perdana terpilih untuk pemantauan j-QAF peringkat negeri Selangor. Pegawai yang hadir dalam pemantauan ini ialah :

1. Ustaz A. Rahman Bin Amran - PPD Kuala Selangor
2. Ustaz Haji Mohd Haidir Bin Haji Alias - PPD Klang
3. Ustaz Haji Mohd Akbar Bin Md. Salleh - PPD Sabak Bernam

Turut hadir dalam pemantauan kali ini ialah pegawai-pegawai j-QAF dan Pendidikan Islam dari PPD Sepang iaitu :

1. Ustaz Mohd Faizal Bin Husin
2. Ustaz Fatony Bin Husin

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk menambahbaik lagi program j-QAF di peringkat sekolah selain untuk meningkatkan silatulrahim dalam kalangan guru GPI dan j-QAF bersama pegawai PPD. Di akhir sesi pemantauan, para pemantau j-QAF sekolah ini berserta pemantau j-QAF dua sekolah lain yang berkumpul di sini telah dibawa melawat ke Bilik Sumber PPDa. Terima kasih atas bimbingan tuan / puan. Semoga pengurusan dan pentadbiran j-QAF kami akan lebih mantap pada masa depan.

Sesi sumbangsaran selepas pemantauan





Jamuan ringan







Lawatan pasukan pemantau ke Bilik Sumber PPDa