Thursday, 26 February 2015

Mesyuarat Jawatankuasa j-QAF Bilangan 1/2015

Alhamdulillah, mesyuarat jawatankuasa j-QAF kali pertama telah berjaya dilaksanakan bagi tahun 2015. Seramai 17 daripada 20 orang telah menghadiri mesyuarat kali ini. Guru Besar SKTPP, Pn. Hajah Rohaidah turut menghadiri mesyuarat tersebut. Semoga mesyuarat ini dapat memantapkan lagi organisasi j-QAF seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah rendah.

Gambar-gambar sepanjang mesyuarat berlangsung:

Ustaz Zurilazman sebagai penyelaras j-QAF 2015 mempengerusikan mesyuarat.

Guru Besar memberikan sedikit ucapan

Semua guru memberikan perhatian



Selamat datang juga diucapkan kepada tiga orang guru j-QAF baharu ke SKTPP...

Ustaz Mohammad Saiffol bin Ngabiah

Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Ustazah Tuan Nor ain

 
Disediakan oleh:
Nor Shuhada bt Mohd Noor

Wednesday, 11 February 2015

Perpindahan Guru j-QAF SKTPP

SK Taman Putra Perdana  kehilangan dua orang Guru j-QAF yang berpengalaman dan berdedikasi iaitu Ustaz Mohd Wahiduddin Bin Sepian dan Ustazah Rosmaria Binti Idris. Terima kasih ustaz dan ustazah. Segala jasa dan bakti kalian semasa berkhidmat di SKTPP akan sentiasa diingati. Semoga lebih sukses di tempat baharu.


Ustaz Mohd Wahiduddin Bin Sepian

Ustazah Rosmaria Binti Idris

Friday, 23 January 2015

Aktiviti Bacaan Yassin Awal 2015

Pada setiap hari Jumaat sepanjang minggu persekolahan telah dijalankan aktiviti bacaan Yassin yang melibatkan murid-murid dan guru-guru Islam. Aktiviti ini dijalankan bagi mendidik murid-murid Islam mengamalkan ajaran Islam seperti membaca Al-Quran. Ini dapat membentuk jiwa murid-murid ke arah sifat Mahmudah yang terpuji dan secara tidak langsung dapat meningkatkan potensi diri untuk belajar.
Bacaan Yassin Minggu Pertama Persekolahan 2015
Bacaan Yassin Minggu Ke-2

Disediakan oleh : Nurzainon Razalli 2015

Monday, 12 January 2015

Kutipan Sumbangan Bagi Mangsa Banjir

Persekolahan bagi sesi 2015 bermula pada 12 Januari 2015. Penangguhan sesi persekolahan ini disebabkan berlakunya bencana alam iaitu banjir besar di Kelantan, Pahang dan Perak. Sehubungan itu kutipan derma telah dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTPP dalam kalangan guru-guru SKTPP dan sumbangan tersebut telah berjaya dikumpul sebanyak RM3000.00 berserta sumbangan 40 pasang pakaian sekolah dari pihak perseorangan. Sumbangan ini telah disampaikan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang diketuai oleh Ustaz Fathony. PPD Sepang telah menghantar misi bantuan ke Kelantan dan Temerloh. Semoga sumbangan daripada pihak sekolah ini dapat membantu masyarakat luar yang memerlukan bantuan. Semoga ia dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir tersebut.

Misi bantuan dan sukarelawan PPD Sepang

Disediakan oleh : Nurzainon Razalli 2015

Wednesday, 31 December 2014

Mesyuarat Panitia Pendikan Islam Dan Panitia Bahasa Arab Tahun 2015

Mesyuarat kali pertama bagi perancangan tahun 2015 telah diadakan pada:

Tarikh : 30.12.2014
Tempat : Surau SKTPP










Saturday, 25 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436 Hijrah



DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH 2014
Hari ini 24 Oktober 2014 merupakan hari terakhir tahun Hijrah 1435. Selepas maghrib 24 Oktober 2014 kita akan masuk pada tahun baru Hijrah 1436.
Bersempena akhir tahun dan awal tahun Hijrah ini kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah 2014 ini untuk mendapat rahmat dari-Nya.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1435 (2014)
Doa akhir tahun ini dibaca 3 kali selepas solat fardhu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah(24 Oktober 2014).
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1436 (2014)
Doa awal tahun ini dibaca 3 kali selepas solat fardhu maghrib 1 Muharram (24 Oktober 2014). 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.