Thursday 18 April 2019

Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Sepang 2019



Pada 16 April 2019, telah diadakan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Sepang di Sk Taman Putra Perdana. Pertandingan ini adalah pertandingan yang dijalankan setiap tahun. Pada tahun ini Sk Taman Putra Perdana telah dipilih oleh pihak PPD Sepang sebagai tuan rumah.

   



Antara guru-guru yang bertugas pada hari pertandingan

Sebagai tuan rumah, Jawatankuasa Pengelola adalah dari kalangan guru-guru SKTPP sendiri yang diketuai oleh Puan Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah bt Mohd Ali. Pertandingan ini telah disertai oleh 3 buah sekolah sahaja iaitu Sk Taman Putra Perdana, Sk Taman Pantai Sepang Putra dan Sk KLIA.

Sk Tmn Pantai Sepang Putra
Pasukan Sk KLIA
Pasukan SKTPP
Pertandingan bermula tepat jam 9.30 pagi yang dimulakan oleh pasukan dari Sk Taman Pantai Sepang Putra, diikuti pasukan Sk Taman Putra Perdana dan pasukan Sk KLIA. Pertandingan yang berjalan selama 40 minit ini diadili oleh hakim-hakim yang telah dilantik dari PPD Sepang.

Sesi taklimat para hakim
Hakim sedang menjalankan tugas





Hakim formasi
Penyerahan keputusan pertandingan oleh Ketua Jemaah Hakim kepada Pengacara Majlis


Setelah berakhir setiap persembahan, pasukan-pasukan yang bertanding berkumpul di Dewan Perdana SKTPP untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah, pasukan SKTPP  telah dinobatkan sebagai johan pertandingan ini. Diikuti pasukan SK TMN Pantai Sepang Putra di tempat kedua dan Sk KLIA tempat ketiga.
Sk Tmn Pantai Sepang
Sk Tmn Putra Perdana
Sk KLIA
Penyampaian cenderahati kepada YDP PIBG
SKTPP, Tn Hj Khairul Azhar atas kesudian
merasmikan majlis penutup
Johan Pertandingan Kompang Selawat PPD Sepang
bergambar bersama para jurulatih, barisan pentadbir
dan YDP PIBG SKTPP
Oleh itu pasukan kompang selawat SKTPP akan mewakili Daerah Sepang ke Peringkat Negeri Selangor pada 2 Mei 2019 di Shah Alam. Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan ini dalam peringkat negeri nanti.

No comments:

Post a Comment