Friday 3 November 2023

Pelancaran Minggu Solidariti Palestin (Sesi Petang)

  

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November 2023 ini sebagai satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat. 

Solidariti berasal daripada perkataan "solid" dan "unity" serta boleh juga diterjemahkan kepada perpaduan atau perjanjian peranan ataupun tindakan terutamanya dalam kalangan individu yang mempunyai minat yang sama dan sokongan bersama dalam satu kumpulan. 

Program Minggu Solidariti Palestin merupakan program yang dianjurkan bersama oleh Unit Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Islam. Ia bertujuan mendidik murid-murid nilai manusiawi yang turut merangkumi asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama dan status sosial. Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan yang diterapkan dalam diri murid. Secara tidak langsung, murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global.

Objektif Program

  • Menerapkan kesedaran kepada semua warga sekolah tentang nilai kemanusiaan sejagat.
  • Menimbulkan rasa syukur dalam diri setiap individu dalam mengatasi sikap suka membazir dan rasa tidak cukup dalam kehidupan.
  • Menzahirkan sikap kerjasama, toleransi, hormat menghormati dan bertimbang rasa sesama insan.

Gambar sekitar majlis pelancaran  Minggu Solidariti Palestin peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana..













Jutaan terima kasih kepada semua pihak pentadbir, YDP PIBG, guru-guru dan murid-murid kerana berjaya melaksanakan Minggu Solidariti Palestin. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mendidik murid-murid tentang nilai murni, kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain. Sekian... Terima Kasih


Disediakan oleh: Rosmanini binti Rahim

No comments:

Post a Comment