Monday 6 November 2023

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Program Mahrajan ADNI Peringkat SKTPP

Tarikh : 06 November 2023

Hari : Isnin

Tempat : Dewan SKTPP

    Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Program Mahrajan ADNI buat julung-julung kalinya diadakan bagi menghargai jasa murid-murid yang telah mewakili Sekolah bagi program MQTSS dan ILSS yang telah diadakan pada bulan Julai 2023 yang lalu. Hadiah dan sijil ini juga disampaikan kepada jurulatih-jurulatih yang telah melatih murid-murid dalam pelbagai acara.

Berikut adalah penerima sijil dan hadiah : 

1) Nama Acara : Tilawah (L)

Peserta : Muhammad Imaduddin bin Emran

Jurulatih : Ahmad Zubair bin Hj. Muhammad Taib & Ahmad Mustafid bin Mat Syariff


2) Nama Acara : Tilawah (P)

Peserta : Putri Husnurrizqi binti Mohd Hafiz

Jurulatih : Safinatunajakh binti Mat Som


3) Nama Acara : Hafazan (L)

Peserta : Ahmad Asyraaf Hakimi bin Suhaidi

Jurulatih : Zurilazman bin Abdullah


4) Nama Acara : Hafazan (P)

Peserta : Farhana Kaisara binti Ahmad Fawwaz

Jurulatih : Norlida binti Othman


5) Nama Acara : Daie Cilik (L)

Peserta : Khaleef bin Saiful Anwar

Jurulatih : Syed Farhan Hanafi & Siti Fatimah binti Wan Yaacob


6) Nama Acara : Daie Cilik (P)

Peserta : Nur Damia Delisya binti Muhammad Izwanazrul

Jurulatih : Noorayuni binti Ab. Fatah & Mas Ayu binti Arifin


7) Nama Acara : Kalam Arabi (L)

Peserta : Aisy Nufail bin Suhaimi

Jurulatih : Ahmad Mustafid bin Mat Syariff


8) Nama Acara : Kalam Arabi (P)

Peserta : Nur Dhia Batrisya binti Mohamad Azme

Jurulatih : Umi Nazrah binti Saharoni


    Tahniah diucapkan buat semua peserta dan jurulatih. Semoga penghargaan ini dapat menyuntik semangat untuk memberi lebih komitmen pada masa akan datang. Antara gambar yang sempat dirakam semasa majlis penyampaian sijil dan hadiah.



    Semoga penglibatan semua dalam Mahrajan ADNI dapat memberi manfaat dan kebaikan buat diri, dan Agama.

Disediakan oleh : Mas Ayu binti Arifin

Friday 3 November 2023

Pelancaran Minggu Solidariti Palestin (Sesi Petang)

  

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November 2023 ini sebagai satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat. 

Solidariti berasal daripada perkataan "solid" dan "unity" serta boleh juga diterjemahkan kepada perpaduan atau perjanjian peranan ataupun tindakan terutamanya dalam kalangan individu yang mempunyai minat yang sama dan sokongan bersama dalam satu kumpulan. 

Program Minggu Solidariti Palestin merupakan program yang dianjurkan bersama oleh Unit Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Islam. Ia bertujuan mendidik murid-murid nilai manusiawi yang turut merangkumi asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama dan status sosial. Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan yang diterapkan dalam diri murid. Secara tidak langsung, murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global.

Objektif Program

  • Menerapkan kesedaran kepada semua warga sekolah tentang nilai kemanusiaan sejagat.
  • Menimbulkan rasa syukur dalam diri setiap individu dalam mengatasi sikap suka membazir dan rasa tidak cukup dalam kehidupan.
  • Menzahirkan sikap kerjasama, toleransi, hormat menghormati dan bertimbang rasa sesama insan.

Gambar sekitar majlis pelancaran  Minggu Solidariti Palestin peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana..













Jutaan terima kasih kepada semua pihak pentadbir, YDP PIBG, guru-guru dan murid-murid kerana berjaya melaksanakan Minggu Solidariti Palestin. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mendidik murid-murid tentang nilai murni, kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain. Sekian... Terima Kasih


Disediakan oleh: Rosmanini binti Rahim

Tuesday 24 October 2023

Majlis Apresiasi Mahrajan ADNI Daerah Sepang Tahun 2023

      Pada 24 Oktober 2023 bertempat di Dewan Perdana SMK Dato' Abu Bakar Baginda telah diadakan Majlis Apresiasi Mahrajan ADNI Peringkat Daerah Sepang Tahun 2023 anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Sepang. 

    Majlis apresiasi ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada guru-guru, jurulatih- jurulatih daerah, murid-murid dan sekolah dalam Program Pembangunan Adab dan Nilai (ADNI) peringkat daerah.

    Justeru, seramai 4 orang murid dan 2 orang guru sebagai jurulatih daerah SK Taman Putra Perdana telah terpilih sebagai penerima anugerah dan sijil pencapaian sepanjang program ADNI dianjurkan. Berikut adalah penerima-penerima dalam majlis apresiasi tersebut :

A) Kategori Murid :

1) MUHAMMAD IMADUDDIN BIN EMRAN - NAIB JOHAN MQSS (TILAWAH ALQURAN) 

2) AHMAD ASYRAAF HAKIMI BIN SUHAIDI - NAIB JOHAN MQSS (HAFAZAN) 

3) AISY NUFAIL BIN SUHAIMI - NAIB JOHAN KALAM ARABIY ILSS (L) 

4) NUR DHIA BATRISYA BT MOHAMAD AZME - KEEMPAT KALAM ARABIY ILSS (P)

B) Kategori Jurulatih Daerah :

1) EN. ZURILAZMAN BIN ABDULLAH (JURULATIH HAFAZAN  ALQURAN)

2) PN. UMI NAZRAH BT SAHARONI (JURULATIH KALAM ARABIY)

    Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga dengan penghargaan ini bukan sahaja menjadi suntikan semangat dalam melakar kecemerlangan pada masa akan datang, bahkan kecemerlangan nilai adab dan sahsiah yang terpuji.

Berikut ialah momen-momen manis yang dirakam sepanjang majlis apresiasi berlangsung :

Kemeriahan di Majlis Apresiasi Mahrajan ADNI Daerah Sepang 2023

Penerima anugerah dari SKTPP terdiri daripada  jurulatih dan murid.


Semoga dengan penyertaan murid dalam Mahrajan ADNI ini akan memberi manfaat buat diri, agama dan bangsa.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Pn Umi Nazrah bt Saharoni

Saturday 24 June 2023

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Dan Perasmian Musalla Raudatul Ilmi

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-19 dan Perasmian Musalla Raudatul Ilmi telah diadakan pada 24 Jun 2023 (Sabtu)

Perasmian MAT PIBG dan Musalla Raudatul Ilmi telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shopuan Anuar bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran beliau yang sudi meluangkan masa untuk merasmikan MAT PIBG dan Musalla Raudatul Ilmi.

Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19.

Berikut merupakan barisan AJK PIBG  Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bagi sesi 2023/2024;

Penasihat                         : Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Yang Dipertua                 : Tn. Haji Megat Md Saleh bin Md Arshad

Naib Yang Dipertua        : En. Hafiz bin Zainol Shokor

Setiausaha                      : Pn. Nurliza binti Ab Rahman

Naib Setiausaha             : Cik Azwane binti Adnan

Bendahari                      : Pn. Musaliha binti Mustafa

Naib Bendahari             : Cik Amalina binti Abd Hamid

Ahli Jawatankuasa (Guru)

1. Pn. Nor Latifah binti Che Yusoff

2. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

3. Pn. Rosmawati binti Md Desa

4. Pn. Claudia Jacqueline Charles Nelson

5. Cik Zalina binti Ismail

Ahli Jawatankuasa (IBU Bapa)

1. Pn. Nur Syamila binti Muhamad Ishak

2. Pn. Siti Faezah binti Ahmad

3. En. Wan Mohd Nazmi bin Wan Hussein

4. En. Muhd Khusyairi bin Abdul Latif

5. Pn. Sasira binti Nordin

6. En. Muhammad Syamim bin Mohd Nizam

Juru Audit:

Pn. Umi Nazrah bin Saharoni (Guru)

En. Amir Ariffin bin Ab Rahman (Ibu Bapa)

Ucapan Perasmian: Tn. Haji Shopuan Anuar bin Ahmad 

Ucapan Penasihat & Guru Besar: Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Ucapan YDP PIBG: Tn. Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Bacaan doa oleh: Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Barisan AJK PIBG 2023/2024

Majlis Perasmian Musalla Raudatul Ilmi



Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ki Ke-19



Laporan disediakan oleh: Nor Hidayu binti Sadri

Thursday 6 October 2022

Lawatan Penanda Arasan SK Setia Alam dan SK Methodist Pelabuhan Klang ke SKTPP

Tarikh   : 6 Oktober 2022

Hari       : Khamis

Masa     : 8.30 pagi

Tempat : Terminal Muafakat, Ujana Ilmu, Bilik Sumber PPDa, Bilik Operasi SPBT Sekolah (SPBT), Musalla Raudatul Ilmi dan Bilik Bitara Kriket


Pada 6 Oktober 2022 (KhamiS), SK Taman Putra Perdana telah menerima kunjungan mesra daripada dua buah sekolah iaitu SK Setia Alam dan SK Methodist Pelabuhan Klang ke sekolah ini yang mana kedua-dua sekolah tersebut dalam sesi lawatan penanda arasan bagi berkongsi idea dan percambahan buah fikiran yang dapat dikongsi bersama dalam memajukan dan membangunkan lagi prestasi dan keperluan di sekolah masing-masing. Keterlibatan barisan guru daripada kedua-dua buah sekolah ini adalah seramai 25 orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Di antara objektif lawatan ini adalah:

  • Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan SK Taman Putra Perdana agar dapat diolah dan disesuaikan untuk kecemerlangan murid.
  • Merancang dan menyelaras program-program sekolah agar potensi murid dapat ditingkatkan dengan perancangan yang lebih bersesuaian.
  • Memurni budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru-guru agar dapat memacu kecemerlangan murid dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan keperluan mereka.

Kedua-dua delegasi kepimpinan daripada kedua-dua buah sekolah tiba di SK Taman Putra Perdana pada jam 8.30 pagi dan telah disambut oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku guru besar serta kesemua barisan pentadbir sekolah. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) iaitu Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian turut sama menyambut ketibaan ahli rombongan. Seterusnya kesemua tetamu telah dibawa ke Dataran Perhimpunan SKTPP untuk sesi fotografi sebagai kenang-kenangan yang akan diingati dalam lipatan sejarah sekolah.

Gambar-gambar semasa ketibaan pelawat di SK Taman Putra Perdana: 






Sebaik sahaja sesi fotografi selesai, para pelawat telah dibawa ke Terminal Muafakat untuk agenda seterusnya. Mereka telah dijamu dengan santapan makanan seadanya.

Gambar-gambar semasa semua pelawat sedang menikmati jamuan yang telah disediakan:






Kini, tibalah masa kepada agenda utama lawatan penanda arasan ini iaitu sesi perkongsian dan kolaborasi antara ketiga-tiga sekolah yang terlibat. Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah selaku pengerusi majlis telah memberikan kata-kata aluan sebagai pembuka bicara serta mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang diraikan ke SKTPP.



Bagi memberkati majlis, Ustaz Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi telah membacakan doa memohon restu dan redha Ilahi supaya segala perancangan majlis dipermudah serta mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T.


Bagi memulakan majlis, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana telah menyampaikan ucapannya. Beliau memberikan penghargaan kepada semua barisan pentadbir dan PIBG yang turut sama hadir memeriahkan majlis serta mengalu-alukan kedatangan semua delegasi guru yang turut serta dalam lawatan penanda arasan ini. Bukan itu sahaja, beliau turut sama berkongsi kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh SK Taman Putra Perdana bermula dari tahun 2014 sehingga kini. Secara tidak langsung, kejayaan yang telah dikecapi merupakan kebitaraan sekolah.




Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seterusnya mewakili ibu bapa pelajar di sekolah ini. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua ahli delegasi yang hadir serta mengucapkan terima kasih kerana memilih SK Taman Putra Perdana sebagai jaringan yang dibentuk bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi PIBG, beliau telah berkongsikan peranan dan tanggungjawab organisasi PIBG dalam membantu kelancaran pengurusan program sekolah juga sebagai saluran yang menghubungkan ibu bapa dan guru di sekolah.


Tidak lengkap kiranya tidak mendengar kalam bicara dua orang tonggak pimpinan daripada kedua-dua sekolah yang diraikan. Pertama, ucapan Tuan Haji Dr. Ahmad Fuadi bin Sarham selaku Guru Besar SK Methodist Pelabuhan Klang. Beliau merupakan bekas Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum di sekolah ini sebelum khidmatnya diperlukan di sekolah tersebut. Kerjasama yang pernah terjalin sebelum ini menjadi penyumbang utama serta pengalaman yang dimiliki dalam menyambung kecemerlangan pendidikan murid di sekolah tersebut. Beliau turut sama berkongsi pahit getir serta perjuangannya di sekolah yang baru serta usahanya dalam mencapai kejayaan yang membanggakan.


Tn. Hj. Dr. Ahmad Fuadi bin Sarham : GB SK Methodist, Pelabuhan Klang

Encik Mohamad Fadzli bin Abdul Rahman pula merupakan Guru Besar SK Setia Alam yang tidak kurang hebatnya. Beliau juga tidak lokek berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki bersama semua yang hadir. Walaupun masih lagi baru menyandang jawatan sebagai guru besar di sekolah tersebut, namun bakat serta kredibiliti sebagai seorang ketua cukup terserlah ditambah pula dengan keupayaan dan kehebatan yang turut dikongsi bersama guru-guru di bawah pimpinannya yang juga membawa kepada kemajuan dan kecemerlangan sekolah umumnya serta murid secara khususnya.

En. Mohamad Fadzli bin Abdul Rahman : GB SK Setia Alam

Sebaik sahaja selesai ucapan daripada kesemua barisan guru besar, majlis diteruskan dengan persembahan video hasil idea kreatif daripada Encik Wan Faizol bin Wan Mat yang mana video tersebut memaparkan barisan kepimpinan SK Taman Putra Perdana, kemudahan dan bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh murid dan sekolah secara keseluruhan. Video berdurasi hampir 30 minit ini juga merupakan tayangan montaj yang telah digunakan semasa Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2019  yang memberikan pencapaian Tempat Keempat. Ianya merupakan kejayaan yang sangat membanggakan yang pastinya membawa kenangan dan pengalaman yang besar kepada semua warga sekolah untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.


Sesi menandatangani sijil jaringan menjadi bukti termetrainya jaringan dan kerjasama antara ketiga-tiga sekolah ini. Sesi ini dimulakan dahulu dengan SK Methodist Pelabuhan Klang dan diikuti pula dengan SK Setia Alam. Sesi penyerahan sijil jaringan dan penyampaian cenderamata sebagai kenang-kenangan turut dijalankan semasa sesi ini. Dengan selesainya penyerahan sijil jaringan dan cenderamata ini maka berakhirlah sesi perkongsian rasmi di dalam Terminal Muafakat.

Gambar-gambar semasa sesi menandatangani sijil jaringan antara SK Taman Putra Perdana bersama dengan SK Methodist Pelabuhan Klang dan SK Setia Alam serta penyampaian cenderahati antara ketiga-tiga sekolah yang terlibat:












Tidak berakhir di situ, kesemua delegasi kepimpinan ini dibawa melawat ke bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah ini, antaranya ialah:

  • Pusat Sumber (Ujana Ilmu)
  • Surau (Musalla Raudatul Ilmi)
  • Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
  • Bilik Sumber PPDa
  • Bilik Bitara kriket

Pusat Sumber (Ujana Ilmu)

Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji telah menunjukkan ruang-ruang yang ada di dalam Ujana Ilmu. Beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang ada sepanjang mengurus serta mengemudi Ujana Ilmu sehinggalah sekarang. Beliau tidak lokek berkongsi apa yang ada di Ujana Ilmu yang mana input dan idea yang dikongsi boleh digunakan di sekolah yang terlibat. 
Gambar-gambar suasana semasa sesi lawatan ke Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu):







Surau (Musalla Raudatul Ilmi)
Penyelaras Musalla Raudatul Ilmi, Puan Noorayuni binti Ab. Fatah menyambut ketibaan tetamu di pintu masuk musalla yang turut merangkumi taman dihadapannya.
Gambar-gambar suasana semasa sesi lawatan ke Musalla Raudatul Ilmi:






Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
Penyelaras Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) iaitu Puan Jamilah binti Mohd Yusof setia menanti ketibaan tetamu yang diraikan. Bilik khas ini baru sahaja memenangi Tempat Ketiga dalam Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Negeri Selangor.
Gambar-gambar suasana semasa sesi lawatan ke Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS):







Bilik Sumber PPDa
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Juli binti Mahbah bersama dengan Duta Kecil yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6 menyambut ketibaan tetamu di pintu masuk bilik. Mereka teruja melihat bilik tersebut yang penuh dengan bahan-bahan pameran dan sudut informasi yang sangat berguna dalam membentuk peribadi murid yang terhindar daripada melakukan perkara-perkara negatif.
Gambar-gambar suasana semasa sesi lawatan ke Bilik Sumber PPDa:







Bilik Bitara Kriket
Di dalam Bilik Bitara Kriket, jurulatih kriket, Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah telah berkongsi pengalamannya membina sebuah pasukan kriket bermula daripada bawah sehinggalah mencapai kejayaan yang sangat membanggakan bukan sahaja di peringkat sekolah malahan ke peringkat kebangsaan. Beliau yang sangat bersemangat dan bercita-cita tinggi turut sama berkongsi antara kekuatan yang perlu ada dalam membina sebuah pasukan yang hebat.
Gambar-gambar suasana semasa sesi lawatan ke Bilik Bitara Kriket:





Sebagai tambahan, semua pelawat dibawa ke Prasekolah dan Bilik Kokurikulum. Selesai sahaja semua tetamu melawat ke bilik-bilik khas, maka berakhirlah sesi lawatan penanda arasan SK Methodist Pelabuhan Klang dan SK Setia Alam ke SK Taman Putra Perdana. Diharapkan lawatan ini dapat memberikan banyak input dan perkongsian yang membina kepada semua pihak yang terlibat yang mana segala perkongsian boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian sekolah masing-masing. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi inspirasi & semangat kepada warga sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih tinggi dan terbaik
Gambar-gambar suasana semasa sesi lawatan ke Prasekolah dan Bilik Kokurikulum:




Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua barisan pentadbir, guru-guru dan jawatankuasa pelaksana bagi ketiga-tiga sekolah yang telah menjayakan lawatan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya, segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan membentuk satu kesefahaman yang padu dalam mencapai objektif dan matlamat melahirkan kemenjadian murid yang terpuji. Semoga usahasama ini akan dapat dilanjutkan lagi pada masa akan datang. Guru Besar bagi kedua-dua buah sekolah sempat mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas layanan dan masa yang diberikan kepada mereka dan mengharapkan agar ada lagi kolaborasi bersama pada masa depan. Mereka juga memohon maaf sekiranya terdapat khilaf dan salah sepanjang berada di SKTPP. In Syaa Allah kita akan bertemu lagi nanti. Mereka meninggalkan SKTPP pada jam 1.00 petang. Walaupun mereka tidak berada lama di sini, namun kenangan dan ingatan akan tetap terpahat selamanya.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Hati gembira bersama teman,

Bergembira ria di bawah jambatan,

Seandainya kita diizin Tuhan,

Tentu bersua di hari kemudian.


TERIMA KASIH SK METHODIST PELABUHAN KLANG 

SK SETIA ALAM


Disediakan oleh :

Syahirah Tumar