Sunday 14 August 2016

Program Solat Hajat dan Solat Dhuha Sepanjang Ogos

  Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan program Solat Hajat dan Solat Dhuha sepanjang hari Jumaat dalam bulan Ogos 2016. Aktiviti ini dilaksanakan selepas bacaan Yasin dan melibatkan murid-murid tahun 6 beragama Islam bersama guru mata pelajaran masa itu. Solat tersebut diketuai oleh Ustaz Zurilazman. 
     Tujuan program dilaksanakan bagi mendapat keberkatan daripada Allah untuk memudahkan segala urusan dan usaha yang telah dilaksanakan. Ini juga merupakan program kerohanian bagi semua pelajar Islam tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Hari kemuncak Program Solat Hajat yang akan dilaksanakan bersama pelajar, ibubapa tahun 6 bersama semua guru ialah pada 2 September 2016. 






Disediakan oleh : Nurzainon Md Razalli

Saturday 13 August 2016

Program Bacaan Yasin Ogos SKTPP 2016

   Panitia Pendidikan Islam SKTPP menganjurkan program bacaan Yasin pada setiap pagi hari Jumaat waktu persekolahan. Semua warga sekolah yang beragama Islam akan bersama-sama membaca Surah Yasin yang diketuai oleh ustaz-ustaz SKTPP. Di samping itu, pada hari tertentu bacaan tahlil ringkas dibuat untuk keluarga arwah warga sekolah SKTPP. 
          Program bacaan Yasin ini juga untuk mendapat keberkatan semua warga sekolah terutama pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR nanti. Program ini dapat melatih murid supaya mengamalkan ayat suci Al Quran dalam kehidupan mereka.