Wednesday 14 April 2021

Sambutan Israk Mikraj Peringkat SK Taman Putra Perdana 2021

Bagi menyemarakkan Sambutan Israk Mikraj 2021, pihak Panitia Pendidikan Islam SKTPP telah menganjurkan beberapa pertandingan secara dalam talian bermula 29 Mac - 5 April 2021, Antara pertandingan yang dianjurkan ialah :

1. Pertandingan e-Taranum

2. Pertandingan e-Hafazan

3. Pertandingan e-Daei Cilik

4. Pertandingan Khat Siber

Di samping menyemarakkan Sambutan Israk Mikraj, pertandingan-pertandingan yang dijalankan ini juga adalah suatu usaha guru-guru mencari murid yang berbakat untuk dilatih dan dibawa ke pertandingan peringkat Daerah Sepang. Di bawah disertakan gambar dan video-video sepanjang pertandingan berlangsung.

Antara murid-murid yang menghantar penyertaan melalui rakaman video




Tekan pautan video di bawah untuk menonton video beberapa pemenang pertandingan yang dijalankan.

1. Daei cilik lelaki : https://drive.google.com/file/d/1M9_pa1FSTjpNKtEeSPVWnxay70QIdcv6/view?usp=sharing






Penyampaian hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Penyampaian ini diadakan di sekolah mengikut SOP PKPB yang dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Di bawah disertakan gambar-gambar aktiviti penyampaian hadiah yang dijalankan:





Barisan pemenang bergambar kenangan bersama Guru Besar dan Guru-Guru Pendidikan Islam

Sebagai penutup, Pihak Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berterima kasih kepada  ibu bapa murid yang banyak membantu dalam memastikan perjalanan aktiviti ini berlangsung dengan jayanya. Jika tiada bantuan daripada ibu bapa sudah semestinya Program Secara Dalam Talian ini tidak dapat dijayakan. Terima Kasih, Keep Safe, Stay at Home. Semoga Allah hapuskan virus Covid-19 dari dunia ini dan kita dapat hidup seperti sedia kala semula. Assalamualaikum...