Thursday 24 March 2016

Program Jaulah Imtiyaz 2, 2016 (Panitia B. Arab)

Hari yang ditunggu telah tiba..
Seronok..peserta Jaulah Imtiyaz 2 seramai 80 orang telah bertolak ke tempat- tempat lawatan dengan dua buah bas pada 23 Mac 2016.
Tempat- tempat yang dilawati ialah:

Pertama           : Melawat Istana Negara, Kuala Lumpur. (Muzium Diraja)
Kedua              : Melawat Taman Burung, K. Lumpur.
Ketiga              : Lawatan dan makan tengah ditaja oleh pihak Masjid Negara.
Ke empat         : Lawatan dan aktiviti explorace di Muzium Kesenian Islam K. Lumpur.
Ke lima            : Membeli belah di Beryl’s Chocolate Wonderland, Seri Kembangan.



















Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir

Tuesday 22 March 2016

Usrah Maya PAI : Nasihat Yang Pertama' Waktu Itu Ialah Kehidupan'


Nasihat yang pertama
Waktu Itu ialah Kehidupan
Antara nasihat Rasulullah kepada umatnya ialah seperti hadis Baginda:

علامة إعراض الله تعالى عن العبد ، اشتغاله بما لا يعنيه ، وإن امرأ ذهبت ساعة من عمره ، في غير ما خلق له من العبادة ، لجدير أن تطول عليه حسرته ، ومن جاوز الأربعين ولم يغلب خيره على شره فليتجهز إلى النار.
Maksudnya :
“ Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka”.

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.
Berulang-ulang kali aku membaca ayat yang paling bawah tu.

 Imam Ghazali mengatakan bahawa hadis ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang berilmu. Betulla sahabat2, bila dihayati betul2 hadis tersebut, ia mempunyai banyak pengertian, dan sangat penting dalam hidup kita. Kadang2, kita x sedar pun yang kita ni selalu buat perkara yang tak berfaedah. Tidur, berbual-bual kosong sampai termengumpat, jalan2 tanpa tujuan, tengok tv, main game dan mcm2 lagi. Padahal menurut hadis ni, seandainya 1 saat sahaja daripada umur kita telah digunakan bukan untuk tujuan hidup (iaitu beribadat kpd Allah), maka layaklah baginya panjang penyesalan di akhirat kelak...

Sama2 kita fikirkan. Semoga dapat memberi manfaat.

Untuk anak-anak remaja pada masa kini sekiranya waktu remaja mereka sia-siakan begitu sahaja sudah tentulah ia memberi kerugian yang amat sangat pada masa akan datang.

Disaat ini  ramai sekali remaja yang terpengaruh ha-hal yang kurang baik dalam kehidupannya. Mengapa hal tersebut terjadi? Antara jawapannya ialah banyaknya waktu kosong yang dimiliki setiap anak remaja masa kini dihabiskan hanya dengan kegiatan yang kurang bermanfaat dan tidak memiliki tujuan. Hal ini haruslah ditangani dengan bijak oleh remaja itu sendiri disamping bantuan ibubapa dan pihak yang berwajib.

Aktiviti mengisi masa lapang
Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti al-Quran dan hadis,  buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Aktiviti membaca dapat menambah ilimu pengetahuan dan mematangkan minda kita.  

Masa juga dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya denganmelakukan hobi yang bermanfaat. Misalnya hobi mengumpul setem, bersukan, melancong, berekreasi dan sebagainya. Sudah tentu kita berasa gembira sekiranya masa lapang diisi dengan melakukan perkara yang kita suka. 

Selain itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang penat bekerjaseharian. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, secara tidak langsung kita dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Di samping itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sanak saudara dan rakan-rakan, kita juga dapat bersiar-siar.

Kesimpulannya, masa yang terluang mestilah digunakan dengan bijak. Kita haruslah melatih diri supaya dapat menguruskan masa dengan baik agar masa tidak terbuang begitu sahaja. 

Selamat beramal...





Majlis Perasmian Jaulah Imtiyaz 2 (Panitia B. Arab)

Jaulah Bermaksud Kembara atau Bersiar- siar atau Lawatan.
Imtiyaz pula membawa maksud Murid Cemerlang.
Jaulah Imtiyaz bermaksud: Kembara Murid Cemerlang B. Arab.

Justeru..
Panitia B. Arab telah memilih 80 orang murid cemerlang B. Arab berdasarkan markah Cemerlang dalam peperiksaan Akhir tahun 2015 . Dan ini sebagai ganjaran dan hadiah galakan bagi murid- murid cemerlang dalam B. Arab seterusnya menjadi inspirasi kepada murid- murid lain untuk lebih cemerlang dalam penguasaan bahasa Arab.

Sebagai makluman, program Jaulah Imtiyaz Siri 1, telah diadakan bermula tahun 2015 dengan penyertaan murid- murid tahap 2 sahaja. Bagi memberi peluang dan pendedahan murid tahap 1, pada tahun ini Jaulah Imtiyaz Siri 2 mengambil penyertaan murid tahap 1 dan 2.

Program Jaulah Imtiyaz ini iadakan pada:
23 Mac 2016. Tempat- tempat yang akan dilawati iaitu:
            Pertama          : Melawat Istana Negara, Kuala Lumpur.
            Kedua              : Melawat Taman Burung, K. Lumpur.
            Ketiga              : Lawatan dan makan tengah ditaja oleh pihak Masjid Negara.
            Ke empat         : Lawatan dan aktiviti explorace di Muzium Kesenian Islam K. Lumpur.

            Ke lima            : Membeli belah di Beryl’s Chocolate Wonderland, Seri Kembangan.

Majlis perasmian sesi  pagi.

Majlis Perasmian sesi petang.







Kami Benci DARVIH.
Tahniah kepada semua peserta yang terpilih.

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir