Thursday 21 July 2016

Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaie) Peringkat Daerah Sepang 2016

Pertandingan Kalam Jamaie peringkat daerah Sepang telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Julai 2016
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Kolej Vokasional Sepang
Penyertaan: Sekolah- sekolah Kebangsaan Daerah Sepang.

Guru- guru Bahasa Arab dan j-QAF SKTPP telah bekerjasama melatih murid-murid dalam acara ini selama dua minggu. Seramai 25 orang murid perempuan tahun 4 dan 5 telah terpilih menyertai pertandingan ini dan diberi nama Kumpulan / Firqah Ma'wa. Alhamdulillah, SKTPP telah mendapat Naib Johan dalam acara Kalam Jamaie ini.

Semoga usaha dan pencapaian ini akan menjadi penanda aras untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Sekalung ucapan tahniah untuk semua peserta kerana telah berusaha sebaiknya dan ucapan penghargaan untuk semua guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang baik demi kecemerlangan murid- murid SKTPP.

Bersiap sedia.. Sebelum bertolak ke Kolej Vokasional Sepang.
Bergambar selepas dinobatkan Naib Johan Kalam Jamaie Daerah Sepang.



Firqah Ma'wa Benci DARVIH.
Kurangnya kemampuan,
bukan alasan untuk kejayaan.
Kesungguhan penuh semangat,
adalah modal kejayaan.

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir.