Saturday 1 March 2014

KEM BESTARI SOLAT SIRI (1) TAHUN 1, 2 DAN 3.

Kem Bestari Solat adalah salah satu model di dalam komponen model-model program j-QAF yang mesti dilaksanakan. Kem Bestari Solat yang dilaksanakan sebanyak empat kali setiap tahun merupakan aktiviti kokurikulum untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Alhamdulillah Kem Bestari Solat ini dapat diadakan melibatkan murid tahap satu dengan kehadiran yang amat membanggakan. Semoga kem ini dapat menjadikan murid-murid SKTPP bijak solat dan seterusnya dapat menyempurnakan Rukun Islam ke dua ini dengan sempurna. Terima kasih diucapkan juga kepada para ustaz dan uztazah yang bertungkus lumus dalam menjayakan program pada kali ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian semua.

 Sesi taklimat kepada peserta kem oleh Ustaz Zurilazman.

Tempat pendaftaran kehadiran di tapak perhimpunan.

Amali wuduk.

Murid mempraktikkan cara berwuduk.

Murid menjamu selera.

Murid membaca doa sebelum makan.

Praktikal solat diketuai oleh Ustaz Mahadir.

Para fasilitator membetulkan salah satu daripada rukun solat.

Murid membaca bacaan solat secara bersama-sama dengan bimbingan fasilitator.



"Khusyuk" melaksanakan ibadah solat.