Sunday, 20 September 2020

Selamat Menyambut Awal Muharam 1442 Hijrah

Pada hari ini 20 Ogos 2020 (Khamis), umat Islam di selurah dunia menyambut kedatangan tahun baru Islam 1442 Hijrah. Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem takwim kalendar hijrah. Selain itu, ianya memperingati periswa penghijrahan nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Pada bulan Muharam ini kita disunatkan memperbanyakkan berpuasa. Ini seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam.” (Sahih Muslim).