Sunday 17 November 2019

Kem Bestari Solat Fasa 2 Tahun 4,5 & 6 (Sesi Pagi)

Alhamdulillah.. 
  Syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan izin dan rahmatNya, Program Kem Bestari Solat Fasa 2 bagi tahun 4,5 dan 6 telah sempurna dilaksanakan pada 8 November 2019 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi di Dewan Perdana, SKTPP.
  Kem Bestari Solat merupakan program wajib dilaksanakan dalam Panitia Pendidikan Islam. Selain dari membimbing murid-murid bersolat dengan betul, penilaian juga diambil untuk e-pelaporan jqaf. 
  Program dimulakan dengan tayangan video oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mohd Shariff tentang cara-cara bacaan dan perbuatan solat yang betul.
  Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah menyusul dengan slot ceramah dan praktikal solat.
  Penyampaian yang bersahaja dan bersemangat memaku murid-murid terus mendengar dan memahami bacaan dan perbuatan dalam solat dengan baik.
     Slot kuiz telah diadakan setelah ceramah berakhir. Sebanyak 6 hadiah telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam & j-QAF kepada pemenang-pemenang yang dapat menjawab soalan dengan betul.  Semoga program Kem Bestari Solat ini dapat mengukuhkan lagi ilmu fardhu ain  sebagai muslim yang beriman serta dapat mendepani cabaran-cabaran mendatang dengan lebih ampuh lagi. Tahniah buat gerak kerja Kem Bestari Solat Fasa 2 Tahap 2 Tahun 4,5 dan 6.
Berikut antara aktiviti-aktiviti yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.