Alhamdulillah, Program Jaulah Imtiyaz Siri 1 (Kembara Murid Cemerlang B. Arab) ini telah berlangsung dengan jayanya mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.
Program telah berlangsung pada hari Rabu, 11 Mac 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan menaiki sebuah bas, membawa 40 orang murid dan empat orang guru iaitu Ustaz Zuril Azman, Ustaz Zunaidi, Ustazah Norziani dan Ustazah Safinatun Najakh sebagai guru pengiring.
Program yang julung-julung kali diadakan ini telah menjadi sumber inspirasi kepada peserta- peserta khasnya dan murid- murid lain amnya. Ternyata program ini telah mencapai objektifnya apabila murid- murid berazam untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dalam bahasa Arab bagi merebut hadiah galakan yang istimewa ini.
Perjalanan bermula jam 7.45 pagi bertolak dari SKTPP. |
Tiba di UIAM, peserta teruja dengan keindahan Taman Ilmu dan Budi (UIAM ) dan slot motivasi "Indahnya Berbahasa Arab" oleh Ustaz Dato Hamidun. |
Ustaz Dato Hamidun, Pengarah CENSERVE UIAM amat berbesar hati menyambut kehadiran peserta Jaulah Imtiyaz serta menyuntik motivasi murid dalam menimba ilmu berbahasa Arab. |
Ustaz Zuril Azman menyampaikan cenderahati tanda terima kasih dari pihak SKTPP kepada pihak UIAM. |
Yeah... Kami Benci Dadah! |
Seronoknya di Darul Hikmah (Pepustakaan UIAM). |
Guru Pengiring program Jaulah Imtiyaz yang sentiasa ceria.. |
Tempat lawatan yang kedua Nyum nyum... om beli coklat..walau di mana kami berada.. Kami Memang Benci Dadah! |
Tempat lawatan yang ketiga... Di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya.. Alhamdulillah..kenyang selepas dijamu makan tengah hari yang ditaja oleh pihak Masjid Putra serta solat Zuhur berjemaah. |
Tempat lawatan keempat.. Wow, seronoknya! Peserta menikmati keindahan Kota Putrajaya dan merentasi Tasik Putrajaya dengan menaiki Cruise Tasik Putrajaya. |
Ilal Liqa'...Ma as salamah... Semoga peserta layak lagi untuk menyertai Program Jaulah pada siri yang akan datang. In sha Allah.. |
إنما العلم كبحر زاخر, فاتخذ من كل شيء أحسنه
Sesungguhnya ilmu itu ibarat lautan yang luas terbentang, Ambillah dari setiap kebaikannya.
Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir