Nasihat
yang pertama
Waktu
Itu ialah Kehidupan
Antara nasihat
Rasulullah kepada umatnya ialah seperti hadis Baginda:
علامة إعراض الله تعالى عن العبد ، اشتغاله بما لا يعنيه ، وإن
امرأ ذهبت ساعة من عمره ، في غير ما خلق له من العبادة ، لجدير أن تطول عليه حسرته
، ومن جاوز الأربعين ولم يغلب خيره على شره فليتجهز إلى النار.
Maksudnya :
“ Adalah dikira sebagai tanda
berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu
mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu
saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang
yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada
Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada hari kiamat
nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya
masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya
untuk memasuki api neraka”.
Sebenarnya sekadar ini sudah cukup
untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.
Berulang-ulang kali aku membaca
ayat yang paling bawah tu.
Imam Ghazali mengatakan bahawa hadis ini sudah cukup
untuk menjadi nasihat kepada semua orang berilmu. Betulla sahabat2, bila
dihayati betul2 hadis tersebut, ia mempunyai banyak pengertian, dan sangat
penting dalam hidup kita. Kadang2, kita x sedar pun yang kita ni selalu buat
perkara yang tak berfaedah. Tidur, berbual-bual kosong sampai termengumpat,
jalan2 tanpa tujuan, tengok tv, main game dan mcm2 lagi. Padahal menurut hadis
ni, seandainya 1 saat sahaja daripada umur kita telah digunakan bukan untuk
tujuan hidup (iaitu beribadat kpd Allah), maka layaklah baginya panjang
penyesalan di akhirat kelak...
Sama2 kita fikirkan. Semoga dapat
memberi manfaat.
Untuk anak-anak remaja pada masa
kini sekiranya waktu remaja mereka sia-siakan begitu sahaja sudah tentulah ia
memberi kerugian yang amat sangat pada masa akan datang.
Disaat ini ramai sekali remaja yang terpengaruh ha-hal
yang kurang baik dalam kehidupannya. Mengapa hal tersebut terjadi? Antara
jawapannya ialah banyaknya waktu kosong yang dimiliki setiap anak remaja masa
kini dihabiskan hanya dengan kegiatan yang kurang bermanfaat dan tidak memiliki
tujuan. Hal ini haruslah ditangani dengan bijak oleh remaja itu sendiri
disamping bantuan ibubapa dan pihak yang berwajib.
Aktiviti
mengisi masa lapang
Aktiviti yang paling
bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca.
Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti al-Quran dan hadis, buku rujukan, surat khabar, novel, majalah,
jurnal dan sebagainya. Aktiviti membaca
dapat menambah ilimu pengetahuan dan mematangkan minda kita.
Masa juga dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya denganmelakukan hobi yang bermanfaat. Misalnya hobi mengumpul setem, bersukan, melancong, berekreasi dan sebagainya. Sudah tentu kita berasa gembira sekiranya masa lapang diisi dengan melakukan perkara yang kita suka.
Masa juga dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya denganmelakukan hobi yang bermanfaat. Misalnya hobi mengumpul setem, bersukan, melancong, berekreasi dan sebagainya. Sudah tentu kita berasa gembira sekiranya masa lapang diisi dengan melakukan perkara yang kita suka.
Selain
itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang penat
bekerjaseharian. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu
sampah dan sebagainya, secara tidak langsung kita dapat
meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Di samping itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sanak saudara dan rakan-rakan, kita juga dapat bersiar-siar.
Di samping itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sanak saudara dan rakan-rakan, kita juga dapat bersiar-siar.
Kesimpulannya,
masa yang terluang mestilah digunakan dengan bijak. Kita haruslah melatih diri
supaya dapat menguruskan masa dengan baik agar masa tidak terbuang begitu
sahaja.
Selamat beramal...
No comments:
Post a Comment