Saturday, 21 June 2014

Guru j-QAF baharu di SKTPP

Ahlan wasahlan diucapkan kepada warga SKTPP yang baharu di atas perlantikan sebagai guru j-QAF di SKTPP. Semoga dengan kehadiran guru-guru ini dapat memperkasakan lagi organisasi Panitia Pendidikan Islam di SKTPP.

1. Ustaz Wahiduddin bin Sepian
2. Ustazah Rabihah binti Amirudin
3. Ustazah Nora Azean binti Che Othman

Ustaz Wahiduddin
Ustazah Rabihah
Ustazah Nora Azean

Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Tahniah dan Selamat Datang ke SKTPP kepada Guru Penolong Kokurikulum; Puan Azizah Binti Mohklas. Beliau merupakan seorang guru Pendidikan Islam dari SK Pulau Meranti yang dilantik menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SKTPP. Semoga dengan kehadiran beliau dapat memantap dan meningkatkan prestasi kecemerlangan murid-murid dan warga SKTPP.


Monday, 26 May 2014

Kem Bestari Solat Tahun 4, 5 dan 6 siri 2.

Pada 24.5.2014 Panitia Pendidikan Islam dapat melaksanakan Kem Bestari Solat bagi murid tahun 4, 5 dan 6 siri 2. Namun kehadiran peserta amat mendukacitakan kerana hanya 43 orang murid yang hadir daripada 216 orang. 

Kehadiran murid:

Tahun 4 : 13/48
Tahun 5: 23/88
Tahun 6: 7/80





























Thursday, 15 May 2014

In House Training- Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF.

15 Mei 2014 (Khamis) - satu kursus penyebaran Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF telah dijalankan di Makmal Komputer SKTPP. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Sistem e-Pelaporan bersepadu program j-QAF dan sekali gus memberi latihan praktikal tentang penggunaan Sistem e-Pelaporan ini.
Antara gambar semasa kursus berlangsung :

Modul yang digunakan



Guru j-QAF sesi petang 



Guru j-QAF sesi pagi 



Thursday, 8 May 2014

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena Hari Guru peringkat Negeri Selangor

Pada 8 Mei 2014 (Khamis),  Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena Hari Guru peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sepang menjadi tuan rumah dalam menganjur program ini. Beberapa orang guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) turut terlibat dalam menjayakan program ini sebagai Ahli Jawatan kuasa Kebersihan.




Wednesday, 7 May 2014

Menceriakan Bilik j-QAF

Alhamdulillah kerja menceriakan bilik j-QAF dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua guru j-QAF.










Sunday, 20 April 2014

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF kali ke 2 2014

Alhamdulillah Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF dapat diadakan pada :

Tarikh : 17 April 2014
Tempat : Pusat Sumber SKTPP
Masa : 12.30 tengah hari.

Perkara-perkara  yang dibincangkan adalah:

1. Aktiviti dakwah di sekolah.
2. Kem Bina Juara.
3. Kem Literasi al-Quran.
4. Fail j-QAF.
5. Kecerian Bilik j-QAF dan Surau sekolah.

Kesimpulannya Ketua Panitia mengigatkan supaya sentia bersama-sama dan melibatkan diri dalam aktiviti dakwah yang akan dilaksanakan nanti. Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar; Puan Rohaidah kerana hadir dalam mesyuarat ini.