Monday, 7 October 2019

Majlis Sambutan Awal Muharram 1441H Sesi Pagi

Pada 4 Oktober 2019 (Jumaat) Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Sambutan Awal Muharram 1441H. Sambutan Awal Muharram merupakan program tahunan dalam panitia Pendidikan Islam yang diadakan bagi memberi pendedahan serta kefahaman tentang peristiwa penting dalam bulan hijrah.

Awal Muharam merupakan suatu hari penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Para muhajir telah meninggalkan tanah air, kekayaan, keluarga dan sahabat kerana menyahut seruan ILAHI dan Rasul Nya.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam ayat 20 surah At-Taubah, bermaksud:“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.

"Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.” 

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada semua murid dan juga warga sekolah agar lebih memahami perjalanan penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah dalam melaksanakan usaha dakwah baginda suatu ketika dahulu. Hijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada ALLAH dan syariat Nya.

Gimik pelancaran program telah disempurnakan oleh Pn Azizah Binti Mokhlas bagi mewakili Guru Besar Pn Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali yang menghadiri Majlis Apresiasi Dato' Menteri Besar Selangor Bersama Majlis Guru Besar (MGB) Selangor. Semua guru dan murid menyanyikan lagu Maal Hijrah bersama-sama usai gimik perasmian program. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah oleh Ustaz Muhammad Emre Bin Abdul Razak hafizahullah, seorang penceramah yang hebat dan santai. Beliau mengajak warga SKTPP bersama-sama menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijratul Rasul. Aktiviti kuiz pula dilakukan pada akhir ceramah oleh Ustazah Nurulhuda Binti Hasbullah.

Berikut gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.

Pengacara Majlis Ustaz Ahmad Zubair Bin Haji Muhamad Taib

Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mustafid Bin Mat Shariff

Gimik Perasmian Program

Nyanyian Lagu Maal Hijrah

Nyanyian Lagu Maal Hijrah

Ustaz Emre menyampaikan ceramah Awal Muharam

Murid-murid menunjukkan minat yang mendalam tentang kisah hijrah Nabi Muhammad s.a.w

Murid SKTPP memberi kerjasama & berdisiplin bahkan mendapat pujian dari penceramah

Padat & jitu intisari ceramah Ustaz Emre

Kuiz dari Ustazah Nurulhuda di akhir ceramah

Monday, 2 September 2019

Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam 1441H






SALAM MAAL HIJRAH 1441H


Salam Maal Hijrah 1441H kepada semua warga SKTPP.. 

Tahun ini kita menyambut Awal Muharram 1441H pada 1 Muharram 1441H bersamaan 1 September 2019M.
Tema pada tahun ini " Negara Rahmah Ummah Sejahtera"


Semoga tahun baharu ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini..Aamiin








Maal Hijrah Tahun Terkini




                                                Daripada: Semua Warga GPI & GBA SKTPP













Monday, 22 July 2019

Surau An Nur SKTPP 2019

Alhamdulillah selesai pengubahsuaian Surau An Nur SKTPP yang bermula pada bulan April lalu. Banyak perubahan fizikal yang telah dilakukan bagi mencantikkan surau demi keselesaan warga SKTPP untuk beribadah.

















Sunday, 21 July 2019

Gotong royong membersihkan dan menghias Surau An Nur SKTPP.

Sempena penghakiman pertandingan pusat sumber peringkat kebangsaan, Panitia Pendidikan Agama Islam telah merancang dan membuat satu transfomasi fizikan surau An Nur secara bergotong royong di antara guru-guru, murid-murid dan ibubapa murid SKTPP. Projek  ini telah diketuai oleh Ustazah Norlida.


Pandangan depan surau

Pemasangan sudut Laman Iqra'.

Sudut infomasi 

Laman Iqra

Cikgu Hisham menampal "islamic wallpaper"

Info di tempat wuduk


Murid membantu guru menampal info wuduk.

Tuesday, 16 July 2019

Istiwa A'zam : Penentuan arah kiblat 16 Julai 2019

Fenomena Istiwa’ A’zam adalah matahari akan berada tegak kedudukannya atas bangunan Kaabah di Majidil Haram, Mekkah.
Ia akan berlaku pada tarikh 28 Mei jam 5.16 petang & 16 Julai jam 5.28 petang pada setiap tahun.
Umat islam boleh mendapat dan menyemak kedudukan arah kiblat pada masa & tarikh tersebut.




Friday, 24 May 2019

Majlis Penutupan Bulan Dakwah, Khatam Al-quran dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri

23 Mei 2019 - Sekolah Taman Putra Perdana di bawah Unit Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Dakwah, Khatam Al-Quran dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri yang bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari bersamaan 19 Ramadan 1440 hijrah.
   
Secara khususnya, majlis ini adalah penutupan bagi Program Ihya Ramadan yang berlangsung selama 3 minggu. Ia adalah untuk memanfaatkan masa di bulan Ramadan ini. Banyak aktiviti yang dijalankan dengan jayanya sepanjang Program Ihya Ramadan.

Majlis ini dimulai dengan Program World #QuranHour 2019 yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang berlangsung selama 1 jam.


                               Bacaan surah yasin yang dipimpin oleh: Ustaz Mahadir Bin Midun

Majlis diteruskan pula dengan Program Khatam Al-Quran yang terdiri daripada 25 orang murid Tahun 6

   Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman Bin Abdullah

Murid-murid bersama menyertai bacaan khatam 

Sejurus selesai bacaan khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan ucapan Puan Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini. Beliau berpesan supaya murid sentiasa menghayati pengajaran yang telah dipelajari sepanjang bulan Ramadan ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program di sepanjang Ramadan di peringkat sekolah.

Guru Besar sedang memberi ucapan

Guru-guru SKTPP

Jejaka-jejaka handsome SKTPP

Setelah ucapan Puan Guru Besar, majlis diraikan dengan persembahan kumpulan Nasyid Al-Wijdan iaitu kumpulan nasyid pasukan sekolah

Kumpulan Nasyid Al-Wijdan

Murid-murid khusyuk mendengar persembahan nasyid

Penyampaian hadiah penghargaan kepada murid khatam dan kumpulan nasyid Al-Wijdan

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf

Sumbangan disampaikan oleh YDP Tuan Haji Khairul Azhar Bin Muhammad Suffian

Keseronokan murid yang dapat sumbangan

Murid-murid yang menerima sumbangan bergambar bersama YDP PIBG, Guru Besar dan para pentadbir

Setelah selesai pemberian sumbangan Aidilfitri, murid dan para guru bersalam-salaman sesama mereka.

Murid-murid bersalaman bersama pentadbir

Murid-murid bersalaman bersama guru-guru

Para guru bersalaman bersama Puan Guru Besar

Para Guru Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama kami

Untuk akhirnya.. terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam program ini secara langsung atau tidak langsung. Diharapkan agar ianya menjadi garis panduan ke arah perkembangan intelektualisme dan peningkatan kualiti murid-murid Islam di sekolah kita. Seterusnya memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin
Mina Aidil wal Faeizin

Disediakan oleh: Salmi Binti Adnan