Thursday, 23 April 2020

Selamat Menyambut Ramadan 1441 H

Assalamualaikum...

Kita akan menemui lagi Bulan Ramdadan pada tahun ini.Alhamdulillah..

Dilampirkan Niat Puasa Ramadan serta Doa Berbuka Puasa..



PENGISIAN RAMADHAN
1.      Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.
2.      Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail
3.      Meningkatkan amalan harian
4.      Menunaikan solat tarawih
5.      Bertadarus al-quran
6.      Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
7.      Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
8.      Memperbanyakkan sedekah
9.      Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
10.    Bersahur
11.    Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
12.    Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
13.  Menunaikan umrah jika mampu.

Selamat Berpuasa dan Selamat melakukan ibadah dengan sebaiknya.

Daripada :
Panitia Pendidikan Islam SKTPP 2020

Friday, 3 January 2020

Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Sempena Sesi Persekolahan 2020




Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat sempena Sesi Persekolahan 2020


Tanggal 3 Januari 2020  bersamaan 7 Jamadilawal 1441 H, diadakan Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat kali pertama bagi sesi persekolahan 2020.Disempurnakan oleh murid-murid  & guru-guru  beragama Islam di perkarangan Dewan Perdana SKTPP.

Semoga dengan bacaan Yasin & Doa Selamat ini dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun ini dan dihindari segala musibah.Aamiin.


Dilampirkan sebahagian foto-foto sepanjang majlis tersebut.


Image may contain: 7 people, including Ahmad Zubair and Zurilazman Abdullah, people sitting
Bacaan Yasin & Doa diketuai oleh  Ustaz Zurilazman. 

Image may contain: 7 people, including Ahmad Zunaidi, people sitting
Antara barisan guru lelaki yang bersama dalam majlis ini.

Image may contain: 10 people
Murid-murid mengaminkan doa yang dibaca oleh ustaz.


Image may contain: 9 people, crowd
Barisan murid tahun 6 yang mengaminkan bacaan doa.



Image may contain: 3 people, including Sabariah Ahmad, people smiling, people sitting

Barisan pentadbir bersama guru-guru mengimarahkan majlis.





 Laporan disediakan oleh : 
 Ustazah Nurulhuda.


Sunday, 17 November 2019

Kem Bestari Solat Fasa 2 Tahun 4,5 & 6 (Sesi Pagi)

Alhamdulillah.. 
  Syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan izin dan rahmatNya, Program Kem Bestari Solat Fasa 2 bagi tahun 4,5 dan 6 telah sempurna dilaksanakan pada 8 November 2019 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi di Dewan Perdana, SKTPP.
  Kem Bestari Solat merupakan program wajib dilaksanakan dalam Panitia Pendidikan Islam. Selain dari membimbing murid-murid bersolat dengan betul, penilaian juga diambil untuk e-pelaporan jqaf. 
  Program dimulakan dengan tayangan video oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mohd Shariff tentang cara-cara bacaan dan perbuatan solat yang betul.
  Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah menyusul dengan slot ceramah dan praktikal solat.
  Penyampaian yang bersahaja dan bersemangat memaku murid-murid terus mendengar dan memahami bacaan dan perbuatan dalam solat dengan baik.
     Slot kuiz telah diadakan setelah ceramah berakhir. Sebanyak 6 hadiah telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam & j-QAF kepada pemenang-pemenang yang dapat menjawab soalan dengan betul.  Semoga program Kem Bestari Solat ini dapat mengukuhkan lagi ilmu fardhu ain  sebagai muslim yang beriman serta dapat mendepani cabaran-cabaran mendatang dengan lebih ampuh lagi. Tahniah buat gerak kerja Kem Bestari Solat Fasa 2 Tahap 2 Tahun 4,5 dan 6.
Berikut antara aktiviti-aktiviti yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.





       





Monday, 7 October 2019

Majlis Sambutan Awal Muharram 1441H Sesi Pagi

Pada 4 Oktober 2019 (Jumaat) Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Sambutan Awal Muharram 1441H. Sambutan Awal Muharram merupakan program tahunan dalam panitia Pendidikan Islam yang diadakan bagi memberi pendedahan serta kefahaman tentang peristiwa penting dalam bulan hijrah.

Awal Muharam merupakan suatu hari penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Para muhajir telah meninggalkan tanah air, kekayaan, keluarga dan sahabat kerana menyahut seruan ILAHI dan Rasul Nya.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam ayat 20 surah At-Taubah, bermaksud:“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.

"Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.” 

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada semua murid dan juga warga sekolah agar lebih memahami perjalanan penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah dalam melaksanakan usaha dakwah baginda suatu ketika dahulu. Hijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada ALLAH dan syariat Nya.

Gimik pelancaran program telah disempurnakan oleh Pn Azizah Binti Mokhlas bagi mewakili Guru Besar Pn Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali yang menghadiri Majlis Apresiasi Dato' Menteri Besar Selangor Bersama Majlis Guru Besar (MGB) Selangor. Semua guru dan murid menyanyikan lagu Maal Hijrah bersama-sama usai gimik perasmian program. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah oleh Ustaz Muhammad Emre Bin Abdul Razak hafizahullah, seorang penceramah yang hebat dan santai. Beliau mengajak warga SKTPP bersama-sama menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijratul Rasul. Aktiviti kuiz pula dilakukan pada akhir ceramah oleh Ustazah Nurulhuda Binti Hasbullah.

Berikut gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.

Pengacara Majlis Ustaz Ahmad Zubair Bin Haji Muhamad Taib

Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mustafid Bin Mat Shariff

Gimik Perasmian Program

Nyanyian Lagu Maal Hijrah

Nyanyian Lagu Maal Hijrah

Ustaz Emre menyampaikan ceramah Awal Muharam

Murid-murid menunjukkan minat yang mendalam tentang kisah hijrah Nabi Muhammad s.a.w

Murid SKTPP memberi kerjasama & berdisiplin bahkan mendapat pujian dari penceramah

Padat & jitu intisari ceramah Ustaz Emre

Kuiz dari Ustazah Nurulhuda di akhir ceramah

Monday, 2 September 2019

Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam 1441H






SALAM MAAL HIJRAH 1441H


Salam Maal Hijrah 1441H kepada semua warga SKTPP.. 

Tahun ini kita menyambut Awal Muharram 1441H pada 1 Muharram 1441H bersamaan 1 September 2019M.
Tema pada tahun ini " Negara Rahmah Ummah Sejahtera"


Semoga tahun baharu ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini..Aamiin








Maal Hijrah Tahun Terkini




                                                Daripada: Semua Warga GPI & GBA SKTPP













Monday, 22 July 2019

Surau An Nur SKTPP 2019

Alhamdulillah selesai pengubahsuaian Surau An Nur SKTPP yang bermula pada bulan April lalu. Banyak perubahan fizikal yang telah dilakukan bagi mencantikkan surau demi keselesaan warga SKTPP untuk beribadah.