Friday, 8 July 2022

Pertandingan e-Kalam Arabiy Bagi Ihtifal Lughawi Sekolah Sekolah KPM (ILSS)

Pertandingan Kalam Arabiy dalam Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah KPM (ILSS)  telah mula diwujudkan sejak dalam tempoh PKP 2021 di bawah Kemenjadian dan Bakat Murid khusus untuk Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab. 

Penyertaan adalah secara individu, seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan bagi setiap sekolah. Penyertaan secara atas talian dan rakaman video persembahan murid dihantar secara atas talian pada tarikh yang ditetapkan.

Pada 30 Mei 2022, Panitia B. Arab SKTPP telah menghantar penyertaan Pertandingan e-Kalam Arabiy Peringkat Daerah Sepang. 

Proses pemilihan peserta kalam Arabiy bermula dari sesi uji bakat dan pertandingan Kalam Arabiy yang diadakan dalam Program Ihya' Ramadan peringkat sekolah. Peserta terbaik dipilih sebagai wakil sekolah ke peringkat Daerah. Seterusnya guru B. Arab berusaha menghasilkan penulisan karya Teks Kalam Arabiy untuk diserahkan kepada peserta untuk dihafaz dan dipersembahkan. 

Tahniah murid yang menjadi johan telah dipilih sebagai wakil sekolah untuk pertandingan e-Kalam Arabiy. Latihan mengambil masa antara dua ke tiga minggu malah melalui video call pada waktu malam juga akibat kekangan waktu di sekolah.

Setiap hari sesi latihan dan makan bersama.



Latihan bermula setelah teks Kalam Arabiy dihasilkan.


Peserta Kalam Arabiy SKTPP: Megat Fiqri Bin Megat Roslan, Tahun 6 Ibnu Sina.

Peserta kalam Arabiy SKTPP: Syaza Iwani bt Saari, Tahun 5 Samsung.

Gambar kenangan hari akhir rakaman 30 Mei 2022 . Rakaman dihantar ke PPD Sepang.

Pada 5 Jun 2022 keputusan Kalam Arabiy Peringkat Daerah Sepang diumumkan. 

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Johan Kalam Arabiy (Lelaki) : Megat Fiqri Bin Megat Roslan, SKTPP.

Naib Johan Kalam Arabiy (Perempuan) : Syaza Iwani bt Saari, SKTPP.

Atas rasa syukur dan gembira dengan kejayaan ini pada 13 Jun 2022 Panitia B. Arab SKTPP mengadakan acara Penyampaian Hadiah Penghargaan kepada pemenang acara Kalam Arabiy. Hadiah disampaikan oleh Pn. Fauziah PK Kokurikulum diiringi oleh Pn. Azizah PK Kurikulum SKTPP ketika perhimpunan rasmi pagi Isnin. Acara penyampaian hadiah ini dapat mewar-warkan kejayaan murid SKTPP seterusnya dapat menyuntik semangat motivasi kepada murid-murid lain untuk terus meminati dan mencintai bahasa Arab.


Seronoknya Megat dan Syaza menerima hadiah istimewa dari Panitia B. Arab SKTPP.

Apabila Megat Fiqri dinobatkan sebagai Johan Daerah, usaha diteruskan untuk mewakili Sepang ke Peringkat Negeri Selangor. Terima kasih pihak PPD, YDP PIBG, Guru Besar, GPK Kokurikulum hadir ke sesi latihan memberi dorongan dan semangat  kepada Megat Fiqri untuk membuat persembahan yang terbaik. Hebat kerjasama guru-guru B. Arab dalam membaiki teks dan persembahan. Semoga Allah memberi ganjaran sebaik-baiknya atas jasa baik semua.

Sesi rakaman diadakan berulang-ulang kali selama dua hari. Video rakaman akhirnya selamat dihantar ke JPN Selangor sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu pada 23 Jun 2022.

Selesai rakaman peringkat negeri.

Pn. Guru Besar hadir memberikan kata-kata semangat.

GPK Kokurikulum juga hadir ketika sesi rakaman.

Ibu Megat turut hadir memberikan semangat pada anakanda.

Pada hari Jumaat 8 Julai 2022, Keputusan Kalam Arabiy diumumkan. 
Tahniah. Tahniah. Tahniah.
Megat mendapat tempat ketiga Kalam Arabiy (Lelaki) Peringkat Negeri Selangor.
Tahniah Megat, moga kenangan manis ini menjadi ilmu dan pengalaman berharga untuk Megat menghadapi hari-hari mendatang sebagai anak yang hebat, berilmu dan berbudi mulia.


Sebagai buah tangan untuk guru-guru yang ingin menghasilkan Karya / Teks Kalam Arabiy, ini tips yang boleh saya kongsikan:

1. Guru memuat naik syarat-syarat pertandingan serta memahami syarat-syarat yang ditetapkan. Ini kerana syarat pertandingan berubah-ubah setiap tahun.

2. Guru memilih tema yang ditetapkan sahaja.

3. Guru memilih tajuk serta menghasilkan teks mengikut syarat-syarat pemarkahan yang disediakan sahaja.

4. Guru menulis 4 isi utama dan mengembangkan isi dengan olahan yang kreatif, menarik dengan mendatangkan contoh, dalil dan isu semasa.

5. Setelah teks siap dihasilkan, hendaklah diserahkan kepada rakan-rakan guru yang lain untuk disemak serta diperbetulkan isi, nahu dan diperkemaskan lagi teks tersebut.

6. Apabila teks siap diolah, teks baru dapat diserahkan kepada peserta untuk mereka memahami, menghayati dan menghafaz teks seterusnya dapat mempersembahkan di khalayak dengan penuh yakin.

Semoga pengalaman ini mampu memberi semangat pada murid-murid terus meminati dan mencintai bahasa Arab sebagai bahasa Alquran serta bahasa syurga. Insha Allah.

Segala yang baik atas izinNya, yang lemah dan kurang itu dari insan yang kerdil ini.

Laporan oleh :

Norziani Zubir

Saturday, 2 July 2022

Kem Bestari Solat 2022 (Sesi Petang)

Solat merupakan tanda ketaatan, kepatuhan  serta penghambaan kita kepada Allah swt. Sehubungan dengan itu pihak sekolah di bawah Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Kem Bestari Solat bagi memastikan semua murid mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalakehidupan seharian dengan sempurna.

Antara Objektif  Kem Bestari Solat :

1. Murid dapat berwudhu' dengan sempurna

2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu

3. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan

Tarikh Pelaksanaan :

29 Jun 2022 - Tahun 1

30 Jun 2022 - Tahun 2

1 Julai 2022 - Tahun 3

Berikut adalah gambar-gambar di sepanjang program berlangsung :

Amali solat dan wudhu

Bersolat bersama ustaz dan kawan-kawan

Melaksanakan teori dan amali

Anak-anak soleh dan solehah SKTPP

Diharap program ini dapat mencapai matlamat dan objektifnya serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada murid-murid di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh :

Norazah Mohd Ali

Saturday, 30 April 2022

Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M

Marhaban Ya Ramadan... Telah tiba bulan Ramadan, bulan suci yang penuh keampunan.


Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hambaNya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

Bulan Ramadan adalah anugerah agung daripada Allah kepada umat Islam seluruhnya untuk menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikanNya. Amalan sunat seperti solat tarawih, tadarus Al-Quran, tazkirah, iftar jamaei, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan khususnya dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid. 

Setiap sekolah pastinya akan menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan Kareem ini. Begitu juga dengan SK Taman Putra Perdana, yang menganjurkan Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M anjuran Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dan Musalla Raudatul Ilmi. Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Ia melibatkan semua warga SK Taman Putra Perdana. Program ini juga dirancang sebagai satu usaha membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di dunia dan di akhirat. InshaAllah..

1. Objektif Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M adalah seperti berikut:
  • Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan kewajipan berpuasa.
  • Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.
  • Memberikan pengalaman yang berguna kepada murid-murid dengan suasana majlis di bulan Ramadan.
  • Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.
2. Pelaksanaan program:

Lokasi :
  • Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
  • Bilik darjah
Tarikh : April 2022 ( sepanjang bulan Ramadan)

Sesi    :  Pagi dan petang

3. Pengisian aktiviti:

Bil

Aktiviti

Tujuan

1

Pelancaran Ihya’ Ramadan dan Bulan Dakwah

Memberi pendedahan kepada murid berkaitan Ramadan dan bulan puasa yang bakal menjelma.

2

Tadarus Al-Quran

  1. Memperbaiki bacaan Al-Quran kepada yang lebih baik dari semua aspek terutamanya tajwid.
  2. Khatam Al-Quran dalam satu bulan Ramadan.

3

 

Memperdengarkan Al-Quran/ Zikir/Nasyid

(Halwa Ramadan)

Menghidupkan suasana Ramadan yang menenangkan.

4

Tazkirah Ramadan

 

  1. Membentuk sikap berani dalam kalangan murid untuk menyampaikan tazkirah.
  2. Menyampaikan info tentang Ramadan kepada warga sekolah.

5

Risalah Ramadan

 

Memberikan info yang lebih terperinci  kepada murid tentang Ramadan.

6

Majlis Bacaan Yasin

 

Membentuk kerohanian murid menghayati bacaan Yasin agar dipermudahkan segala urusan.

7

Kuiz Ramadan

 

 

  1. Melihat sejauh mana kepekaan murid terhadap Ramadan Al-Mubarak.
  2. Mengarah minda  serta menambahkan thaqafah para murid.

8

El–Hayya bil Arabiyah

 

  1. Melihat sejauh mana ketajaman murid dalam penguasaan Bahasa Arab.
  2. Mengasah bakat dan mencari pelapis untuk pertandingan.

9

Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya

Memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid  tentang suasana Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelma.

10

Ceramah Nuzul Al-Quran

 

  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadan.
  2. Menyebarkan ilmu tentang kelebihan beramal pada bulan Ramadan.

11

e-sajak,

e-syair

e-nyanyian solo

Tarannum

Hafazan

Mencari bakat-bakat pelapis yang akan mewakili sekolah.

 

12

Majlis Khatam Al-Quran

 

 

 

 

  1. Mengeratkan ukhuwah di  antara warga SK Taman Putra Perdana.
  2. Satu keperluan kerohanian yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadan.
  3. Sebagai agenda tahunan sekolah.
  4. Membantu murid-murid miskin  dengan mengagihkan bantuan kewangan  sempena Aidilfitri (Tabung Kasih Ramadan dan Aidilfitri).

13

Semarak Jawi

(Khat)

Mencungkil bakat murid dalam kesenian khat.

14

Tabung Ramadan

 

Menggalakkan sifat suka bersedekah dan membantu orang lain.



4. Momen-momen yang sempat dirakam sepanjang aktiviti dijalankan:




Tarikh : 8 April 2022 
Hari : Jumaat

Majlis pelancaran sesi pagi

Majlis pelancaran sesi petang



A. Aktiviti murid-murid sesi pagi;

Tadarus Al-Quran 

Quran Hour
Tilawah Al-Quran
Sambutan Nuzul Al-Quran


Kalam Arabiy












Majlis penutup, penyampaian sumbangan dan penyampaian hadiah

B. Aktiviti murid-murid sesi petang:

Tazkirah Ramadan

Mewarna sampul raya

Mewarna poster

Tilawah Al-Quran

Majlis penutup dan penyampaian hadiah


Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat Islam untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam bulan Ramadan.

Program ini diharapkan dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. InshaAllah.

Wednesday, 27 October 2021

Majlis Khas Sempena Maulidur Rasul, MAT PIBG dan Pembukaan Sekolah

Pagi ini diadakan majlis ringkas sempena Maulidur Rasul, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan pembukaan sekolah secara bersemuka murid-murid aliran perdana. Atur cara majlis seperti berikut;

- Bacaan yaasin dan doa selamat diketuai Ustaz Zunaidi

- Tazkirah oleh Ustaz Zurilazman

- Ucapan para pentadbir

- Ucapan 3 orang guru baru : Ustazah Noor Saadah, Ustazah Farhana dan Cikgu Mohd Azarul

- Taklimat Program Minda Sihat oleh Cikgu Nor Arzah, guru Unit Bimbingan & Kaunseling

- Jamuan sumbangan PK Petang; Pn. Siti Raudah & anakandanya. Terima kasih.. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan anaknya selaku frontliner. Aamiin..

Terima kasih juga buat Panitia Pendidikan Islam atas komitmen menganjurkan majlis yang sangat bermakna ini...










Friday, 1 October 2021

Pembangunan Taman Musalla Raudatul Ilmi

Guru-guru AJK Keceriaan Musalla Raudatul Ilmi memulakan kerja-kerja membangunkan taman.. Semoga musalla kita semakin ceria & berinformasi..







GB pun gembira