Tuesday 22 July 2014

Ceramah Sempena Hari Nuzul Al-Quran

Hari    : Isnin
Tarikh : 21 Julai 2014
Masa  : 9.00 pagi
Nama penceramah: Al-Fadhil Ustaz Asyapul Adli bin Satiman

Pengisian ceramah:
Ceramah ini diadakan untuk memberikan kefahaman kepada murid tentang kepentingan penghayatan hari Nuzul Al-Quran dan tanggung jawab murid sebagai pelajar dalam aspek sebagai seorang anak dan murid. Segala isi ceramah disampaikan dengan penuh keinsafan dan penghayatan. Murid dapat banyak manfaat dari ceramah tersebut.

Antara intipati yang telah disampaikan ialah:

  1. Kepentingan dan pahala membaca Al-Quran
  2. Tanggung jawab murid sebagai seorang anak dan pelajar
  3. Pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dan guru
  4. Doa untuk kedua ibu bapa
  5. Doa-doa yang mustajab
  6. Ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan kejadian manusia dan alam semesta
  7. Pembalasan bagi anak-anak yang menderhaka dan mengabaikan kewajipan terhadap ibu bapa
  8. Janji-janji Allah kepada manusia 
Semoga segala yang isi ceramah yang disampaikan akan menjadi panduan untuk kita semua.

Berikut adalah antara paparan sepanjang program tersebut:
 Kejadian matahari yang berada di atas paksinya
 Ceramah yang penuh penghayatan

 Murid PPKI dan prasekolah turut mendengar ceramah Nuzul Al-Quran

 Nikmat syurga yang dijanjikan oleh Allah 

No comments:

Post a Comment