Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.
Alhamdulillah, pada tahun ini pihak Panitia Pendidikan Islam telah menghantar wakil murid bagi mewakili sekolah ke Majlis Tadarus Al- Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sepang.
Antara pertandingan yang disertai oleh murid- murid SK Taman Putra Perdana ialah:
1) Tilawah Al-Quran Lelaki : Tengku Haikal Aiman bin Tengku Norsyawaluddin
2) Tilawah Al-Quran Perempuan : Maiza Najwa bt Arbaini
3) Hafazan Lelaki : Muhammad Amir Hanzalah bin Amir Zuhri @ Zul'asri
4) Hafazan Perempuan : Nur Yasmin Damia bt Annis
5) Bercerita kisah Al-Quran Perempuan : Nur Nadhira bt Sutrisno
6) Azan Subuh PPKI : Muhammad Alif Hakimi bin Mazlan
Alhamdulillah, beberapa orang peserta telah mendapat kejayaan. Peserta hafazan perempuan telah berjaya mendapat naib johan, manakala peserta tilawah Al-Quran dan Azan Subuh PPKI masing-masing mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kali ini.
Festival nasyid pula diadakan pada 1 April bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Kumpulan nasyid SKTPP telah menyertai festival ini buat kali pertama pada tahun ini. 12 buah sekolah turut menyertai dalam festival nasyid peringkat Daerah Sepang pada tahun ini. Walaubagaimanapun, kejayaan tidak menyebelahi kumpulan nasyid SKTPP. Semoga murid-murid lebih berusaha pada tahun-tahun akan datang dan jadikan penyertaan ini sebagai pengalaman buat mereka.
Antara gambar sepanjang majlis berlangsung:
Hafazan Lelaki : Muhammad Amir Hanzalah bin Amir Zuhri @ Zul'asri
Tilawah Al-Quran Lelaki : Tengku Haikal Aiman bin Tengku Norsyawaluddin
Ketua Hakim : Ust Zurilazman (SKTPP)
Bercerita kisah Al-Quran Perempuan : Nur Nadhira bt Sutrisno
Tilawah Al-Quran Perempuan : Maiza Najwa bt Arbaini
Penyampaian hadiah oleh Ust Muhammad Hamidi bin Zakaria
(Ketua Unit, Unit Budaya dan Syiar Islam, KPM)
Peserta Benci DARIH
Persembahan nasyid oleh kumpulan Soutul Amal
Disediakan oleh :
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Asma bt Abdul Malik
No comments:
Post a Comment