Friday, 19 January 2018

Program Bacaan Yassin 2018

Pada setiap pagi Jumaat setiap minggu telah dijalankan Bacaan Yassin yang bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana. Bacaan Yassin ini adalah sebagai salah satu bentuk dan santapan rohani yang perlu diisi dalam diri murid-murid di sekolah ini. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dan semua guru serta pentadbir yang beragama islam.

Bacaan Yassin ini dipimpin oleh para ustaz yang telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai bacaan Yassin bagi setiap minggu. Program ini merupakan aktiviti mingguan di bawah Panitia Agama Islam. Semoga dengan adanya program sebegini dapat meraih redha Ilahi serta dapat mendidik jiwa para pelajar yang berteraskan agama yang kukuh.

Ustaz Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif sedang mengetuai Bacaan Yassin

Sebahagian guru yang turut sama menyertai Bacaan Yassin

Murid Tahun 4 yang baru memasuki persekolahan bagi sesi pagi turut bersama-sama membaca surah Yassin

Murid Tahun 5 juga bersama-sama membaca Yassin pada hari jumaat

Sedikit perkongsian mengenai bacaan Yassin ini, di antara fadhilat dan kelebihan mengamalkan surah Yassin adalah seperti yang berikut:

Rasulullah SAW bersabda;
  1. "Sesiapa yang membaca Surah Yassin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi". 
  2. "Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali".
  3. "Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan.
  4. "Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid".
  5. "Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
  6. Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit. Jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, menghantarkan ke kuburnya sambil memohonkan ampunan untuknya. Ketika ia dimasukkan ke liang lahadnya para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahadnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).
Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang boleh diperolehi melalui amalan membaca surah Yassin. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin yang merupakan hati kepada Al-Quran. Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment