Saturday, 6 October 2018

Salam Jumaat

Salam Jumaat,
salam penghulu segala hari.

Rutin pagi Jumaat berjalan lancar. Selesai majlis bacaan yasin pagi ini diteruskan dengan bacan tahlil ringkas untuk mangsa lemas di tasik lombong berhampiran Taman Putra Perdana serta 6 anggota bomba yang terkorban ketika menyelamatkan mangsa lemas. Tragedi yang menyayat hati ini benar-benar menggemparkan penduduk Taman Putra Perdana khasnya serta menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dihadiahkan bacaan yasin dan tahlil untuk semua yang terkorban. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh mereka dan ditempatkan bersama golongan para syuhada'.

Suasana sayu atas kejadian yang menimpa. Semoga doa kami diterima.

Semoga kita semua mendapat rahmat kasih sayang Allah.
Murid tahun 6 meneruskan aktiviti-aktiviti selepas UPSR.
Rutin harian dimulakan dengan menunaikan solat sunat dhuha dan bacaan maathurat di Dewan Perdana SKTPP.
Beruntung murid-murid SKTPP tahun 6, guru-guru agama menyediakan buku Maathurat serta memberi pendedahan tentang zikir-zikir dan kelebihan membaca maathurat sedari umur sekolah rendah lagi.

Tekun..murid-murid menghayati bacaan Maathurat.



Didoakan semoga murid-murid SKTPP sentiasa mengamalkan segala yang dipelajari seterusnya menjadi anak yang kaya dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat... Insha Allah.

No comments:

Post a Comment