Friday 4 December 2020

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1442/2020 Mengikut Norma Baharu

Tanggal hari Jumaat, 4 Disember 2020M bersamaan 18 Rabiulakhir 1442H telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah mengikut norma baharu melalui pautan di FB Live UBK SK Taman Putra Perdana melalui link https://fb.me/e/1JtL8HHxy. 

Majlis ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi  yang dipengerusikan oleh KP Bahasa Arab, Ustaz Zurilazman Bin Abdullah. 

Yang menariknya, penceramah jemputan khas yang diundang ialah PU Fendi yang merupakan penceramah selebriti yang tidak asing lagi dalam arena ini. Tajuk yang diutarakan berbunyi: "Rasulullah, Contoh Guru Teragung". Alhamdulillah, acara ini telah berjalan dengan lancar dan telah menarik minat penonton dan pendengar bukan sahaja dari warga SKTPP malah daripada orang luar yang singgah ke FB live tersebut.

Antara isi yang diketengahkan ialah tugas guru merupakan amanah yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru serta lakukan ia sebagai satu ibadah. Mendidik bukan satu tugas yang mudah serta cepat. Ia perlu melalui proses yang lama dan berterusan. Moga ia menjadi saham akhirat kepada para guru dan pendidik sekalian.

Majlis ini berlangsung selama 1 jam lebih dan berakhir pada pukul 11.20 pagi.

Di sini dilampirkan antara gambar-gambar sekitar majlis tersebut.



Poster majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah


Ceramah disampaikan oleh PU Fendi

 
Dipengerusikan oleh KP BA, Ustaz Zurilazman Bin Abdullah



Antara komen-komen positif dari para penonton

Semoga majlis ini mendapat Rahmat dari Allah dan memberi manfaat kepada para penonton dan para pendengar. Aamiin.

Disediakan oleh,

Ustazah Nurulhuda Binti Hasbullah
KP Pendidikan Islam,
SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment