Monday, 31 August 2015

Program Pendidikan Islam Di Ambang UPSR 2015

Pihak Panitia Pendidikan Islam SKTPP telah menganjurkan program tambahan khusus untuk semua pelajar Islam SKTPP yang mengambil peperiksaan UPSR akan datang,

Antara objektif program tersebut ialah :-
i-  Mendidik murid Islam agar mantap dan kuat dari segi mental dalam menghadapi peperiksaan akan   datang tidak lama lagi.
ii- Melatih murid sentiasa mengingati Allah dan bertawakal kepadanya.
iii- Meningkatkan sahsiah dan akhlak yang tinggi dalam kalangan murid Islam.
iv- Mengeratkan hubungan sesama manusia terutama dengan kawan-kawan dan guru-guru.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
i-   Bacaan Yassin dan Solat sunat iaitu Dhuha, Taubat dan Hajat
ii- Tazkirah 5 Minit
iii- Gerak gempur Pendidikan Islam bagi persediaan peperiksaan Agama untuk ke sekolah SMKA, SABK, KAA dan KRK.

Foto-foto sepanjang aktiviti yang telah dijalankan...

Bacaan Yassin semua murid dan guru-guru Islam
Solat sunat murid bersama guru
Tazkirah 5 Minit bersama Ustaz Zurilazman
Penerangan sebelum aktiviti dijalankan daripada Ustaz Mahadir
Solat Dhuha, Taubat dan Hajat
Gerak gempur Pendidkan Islam bersama guru
Aktiviti perbincangan dan menjawab latihan
Semoga murid-murid Islam tahun 6 mendapat keberkatan dan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2015. Doa dan usaha guru sentiasa mengiringi murid-murid semua.


Disediakan oleh,
Nurzainon Mohd Razalli

Saturday, 29 August 2015

Pertandingan Karaoke B. Arab

Sempena bulan kemerdekaan 2015, Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama Panitia Sivik dan Muzik telah menganjurkan pertandingan karaoke versi Bahasa Arab. Pertandingan terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan tahun 4 dan 5. Pertandingan telah dijalankan pada:
     Tarikh / hari: 26- 27 Ogos 2015 ( Rabu - Khamis)
     Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Tahniah kepada semua peserta

Peserta dapat menyanyikan lagu versi bahasa Arab dengan baik




Persembahan yang mengujakan


Puan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang

Tahniah kepada semua pemenang.

Alhamdulillah, melalui program ini, murid-murid dapat menyanyikan dan mempraktikkan kalimah Arab dengan lancar sekali. Syabas.. Semoga program ini memberi impak yang berguna kepada semua murid.



Disediaka oleh,
Ustazah Norziani Zubir

Tuesday, 2 June 2015

Kem Kecemerlangan & Jati Diri (Kendiri) 2015

Pada tarikh 29-30 Mei 2015, Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan Kem Kecemerlangan & Jati Diri khusus untuk murid Islam tahun 6. Program ini telah dibantu oleh pihak  Exact Training Consultant. Seramai 186 orang muri telah mengikuti program ini.

Di antara objektif program ini ialah :-
 1     Membimbing peserta menyemai sikap insan soleh-solehah, beradab, berbudi pekerti, penyayang dan beriman.
 2     Membantu peserta mengukuhkan lagi ilmu dalam urusan menunaikan solat, bacaan  Al-quran dan menyucikan diri.
 3      Memberi keinsafan tentang peranan dan tanggungjawab peserta sebagai seorang khalifah serta peranannya.
 4     Menyampaikan peringatan kepada peserta tentang musuh-musuh dalaman dan luaran yang boleh membinasakan kesucian diri, ketinggian iman, kekuatan agama, keutuhan maruah diri dan keluarga agar peserta dapat mengelaknya.

Di antara foto-foto aktiviti yang telah dijalankan....

Aktiviti di dewan SKTPP
Solat hajat peserta bersama-sama para ibubapa


Tetamu yang turut menjayakan program .

Majlis penutup program

Friday, 22 May 2015

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bilangan 2/2015 dan Taklimat Norma Baharu Guru Pendidikan Islam 2015

Alhamdulillah, mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali ke dua telah berjaya dilaksanakan pada 21 Mei 2015 yang bertempat di Bilik Mesyuarat.Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali,Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Ahmad Fuadi b Sarhan dan Penolong Kanan Kokurikulum Puan Azizah bt Mokhlas turut hadir mesyuarat tersebut.Semoga mesyuarat ini dapat memantapkan lagi Panitia Pendidikan Islam.

Gambar-gambar sepanjan mesyuarat berlangsung:

 
Ketua Panitia Pedidikan Islam sedang memberi ucapan.



 
Guru-guru Pendidikan islam khuyuk mendengar taklimat daripada KP




 
Guru -guru sedang menghayati isi kandungan mesyuarat.
 
 
 
 
 
 
Disediakan Oleh:
Puan Asma Binti Abdul Malik

Thursday, 2 April 2015

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sepang

Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Alhamdulillah, pada tahun ini pihak Panitia Pendidikan Islam telah menghantar wakil murid bagi mewakili sekolah  ke  Majlis Tadarus Al- Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sepang. 

Pada 28 Mac 2015 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al- Quran bertempat di Sk Cyberjaya. Tema pada tahun ini ialah  "Al-Quran Nadi Transformasi Ummah". Majlis ini dirasmikan oleh  Ustaz Muhammad Hamidi bin Zakaria (Ketua Unit, Unit Budaya dan Syiar Islam, KPM).

Antara pertandingan yang disertai oleh murid- murid SK Taman Putra Perdana ialah:

1) Tilawah Al-Quran Lelaki : Tengku Haikal Aiman bin Tengku Norsyawaluddin
2) Tilawah Al-Quran Perempuan : Maiza Najwa bt Arbaini
3) Hafazan Lelaki : Muhammad Amir Hanzalah bin Amir Zuhri @ Zul'asri
4) Hafazan Perempuan : Nur Yasmin Damia bt Annis
5) Bercerita kisah Al-Quran Perempuan : Nur Nadhira bt Sutrisno
6) Azan Subuh PPKI : Muhammad Alif Hakimi bin Mazlan

Alhamdulillah, beberapa orang peserta telah mendapat kejayaan. Peserta hafazan perempuan telah berjaya mendapat naib johan, manakala peserta tilawah Al-Quran dan Azan Subuh PPKI masing-masing mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kali ini.

Festival nasyid pula diadakan pada 1 April bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Kumpulan nasyid SKTPP telah menyertai festival ini buat kali pertama pada tahun ini. 12 buah sekolah turut menyertai dalam festival nasyid peringkat Daerah Sepang pada tahun ini. Walaubagaimanapun, kejayaan tidak  menyebelahi kumpulan nasyid SKTPP. Semoga murid-murid lebih berusaha pada tahun-tahun akan datang dan jadikan penyertaan ini sebagai pengalaman buat mereka. 

Antara gambar sepanjang majlis berlangsung:

Hafazan Lelaki : Muhammad Amir Hanzalah bin Amir Zuhri @ Zul'asri

Tilawah Al-Quran Lelaki : Tengku Haikal Aiman bin Tengku Norsyawaluddin
Ketua Hakim : Ust Zurilazman (SKTPP)

Bercerita kisah Al-Quran Perempuan : Nur Nadhira bt Sutrisno

Tilawah Al-Quran Perempuan : Maiza Najwa bt Arbaini


Penyampaian hadiah oleh Ust Muhammad Hamidi bin Zakaria 
(Ketua Unit, Unit Budaya dan Syiar Islam, KPM)

Peserta Benci DARIH


Persembahan nasyid oleh kumpulan Soutul Amal

Disediakan oleh :
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Asma bt Abdul Malik

Tuesday, 17 March 2015

Program Jaulah Imtiyaz Siri 1, 2015

Alhamdulillah, Program Jaulah Imtiyaz Siri 1 (Kembara Murid Cemerlang B. Arab) ini telah berlangsung dengan jayanya mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.

Program telah berlangsung pada hari Rabu,  11 Mac 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan menaiki sebuah bas, membawa 40 orang murid dan empat orang guru iaitu Ustaz Zuril Azman, Ustaz Zunaidi, Ustazah Norziani dan Ustazah Safinatun Najakh sebagai guru pengiring.

Program yang julung-julung kali diadakan ini telah menjadi sumber inspirasi kepada peserta- peserta khasnya dan murid- murid lain amnya. Ternyata program ini telah mencapai objektifnya apabila murid- murid berazam untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dalam bahasa Arab bagi merebut hadiah galakan yang istimewa ini. 

Perjalanan bermula jam 7.45 pagi bertolak dari SKTPP.
Tiba di UIAM, peserta teruja dengan keindahan Taman Ilmu dan Budi (UIAM ) dan slot motivasi "Indahnya Berbahasa Arab" oleh Ustaz Dato Hamidun.
Ustaz Dato Hamidun, Pengarah CENSERVE UIAM amat berbesar hati menyambut kehadiran peserta Jaulah Imtiyaz serta menyuntik motivasi murid dalam menimba ilmu berbahasa Arab.
Ustaz Zuril Azman menyampaikan cenderahati tanda terima kasih dari pihak SKTPP kepada pihak UIAM.
Yeah... Kami Benci Dadah!
Seronoknya di Darul Hikmah (Pepustakaan UIAM).
Guru Pengiring program Jaulah Imtiyaz yang sentiasa ceria..
Tempat lawatan yang kedua
Nyum nyum... om beli coklat..walau di mana kami berada..  Kami Memang Benci Dadah!
Tempat lawatan yang ketiga...
Di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya.. Alhamdulillah..kenyang selepas dijamu makan tengah hari
yang ditaja oleh pihak Masjid Putra serta solat Zuhur berjemaah.
Tempat lawatan keempat..
Wow, seronoknya! Peserta menikmati keindahan Kota Putrajaya dan merentasi Tasik Putrajaya dengan
menaiki Cruise Tasik Putrajaya.
Ilal Liqa'...Ma as salamah... Semoga peserta layak lagi untuk menyertai Program Jaulah pada siri yang akan
datang. In sha Allah..

إنما العلم كبحر زاخر, فاتخذ من كل شيء أحسنه
Sesungguhnya ilmu itu ibarat lautan yang luas terbentang, Ambillah dari setiap kebaikannya.

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir

Tuesday, 3 March 2015

Majlis Perasmian Program Jaulah Imtiyaz Siri 1

Alhamdulillah, buat julung kalinya panitia Bahasa Arab telah mengadakan Pelancaran Program Jaulah Imtiyaz siri 1. Program ini bertujuan untuk membawa murid-murid cemerlang berdasarkan markah peperiksaan akhir tahun 2014 untuk menyertai lawatan. 

"Jaulah" bermaksud kembara atau bersiar-siar atau lawatan. Manakala "Imtiyaz" pula bermaksud cemerlang. Semoga program ini terus menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk meminati dan mencintai Bahasa Arab. Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Program ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh   : 11 Mac 2015 (Rabu)

Tempat-tempat dilawati :
 1) Menikmati ilmu dan berbahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
 2) Melawat Kilang Coklat : Beryl's Chocolate Wonder Land.
 3) Makan tengah hari bersama Imam Besar Masjid Putrajaya.
 4) Menikmati keindahan Putrajaya dengan menaiki Cruise. 

Para peserta juga menerima t-shirt Jaulah Imtiyaz keluaran Panitia Bahasa Arab. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terpilih.

Antara gambar-gambar semasa pelancaran:

Majlis pelancaran telah dipengerusikan oleh 
Ustaz Zurilazman dan Pn. Nor Azila

Ucapan Perasmian oleh Pn Hajah Rohaidah

Acara Perasmian "Jaulah Imtiyaz"



Antara peserta "Jaulah Imtiyaz"



Peserta "Jaulah Imtiyaz" benci DADAH


Disediakan oleh:
Nor Shuhada bt Mohd Noor & Norziani bt Zubir