Friday, 18 January 2019

Pemasangan Karpet Solat Sumbangan Surau Ar-Raudhah Presint 16 Putrajaya

Surau An-Nur SK Taman Putra Perdana berbesar hati menerima sumbangan karpet solat yang disumbangkan oleh Pengerusi Surau Ar-Raudhah, Presint 16 Putrajaya iaitu En. Saifullah Bin Mat Saufi. Beliau merupakan guru di SKTPP. Pemasangan karpet surau ini diketuai oleh Cikgu Hisyam dan dibantu oleh Ustaz Saiful, Ustaz Zunaidi, Cikgu Junaidi dan Cikgu Afandi. Semoga usaha ini mendapat keredaan Allah SWT.

Cikgu Hisham, Ustaz Saiful dan Cikgu Afandi memotong karpet surau.

Cikgu Junaidi turut membantu.



Karpet siap dipasang.

Saturday, 5 January 2019

Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Sesi Persekolahan 2019


Pada hari Jumaat, 4 Januari 2019 Panitia Pendidikan Islam telah mengatur satu program bacaan Yasin dan  doa selamat sempena pembukaan sesi baharu persekolahan 2019 di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Majlis bacaan Yasin telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif dan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Zurilazman Bin Abdullah.


Bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Ahmad Mustafid

Doa Selamat dibacaan oleh Ustaz Zurilazman

Guru Besar Pn. Hjh Rohaidah 

Murid membaca surah Yasin besama-sama.



Wednesday, 2 January 2019

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam 2019

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam telah diadakan pada 31 Disember 2018 di Surau An-Nur SK Taman Putra Perdana. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab.

Uztazah Nurulhuda Hasbullah selaku Ketua Panitia
mempengerusikan mesyuarat.
Sebahagia guru yang hadir.

Rancangan aktiviti panitia 2019.

Friday, 23 November 2018

Bual Bicara Maulidur Rasul 2018

"Dinginnya di pagi Jumaat seakan tahu sayunya hati ini,
Sungguh kerinduan padaMu Ya Rasulullah menjentik kalbu kami,
Kasih, cinta dan sayangmu seakan terasa walaupun tak pernah bersua,
Kami merinduimu wahai kekasih Allah".


Alhamdulillah. Pada pagi ini telah berlangsung bual bicara Maulidur Rasul peringkat SKTPP. Bual bicara ini telah disampaikan oleh Ustaz Zurilazman dan Ustaz Mahadir.


Dalam bual bicara yang disampaikan mempunyai banyak kisah mengenai perjalanan hidup Nabi Muhammad saw. Sungguh kaedah penceritaan yang digunakan amat menyentuh hati warga SKTPP. Kerinduan muncul terhadap kehebatan, kemuliaan dan keagungan seorang kekasih Allah.

 "اللهم صل علي سيدنا محمد وعلي ال سيدنا محمد".

Selain itu, diceritakan juga mengenai hikmah jika berselawat kepada Nabi Muhammad.

Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang bual bicara berlangsung.

Ustaz Zurilazman dan Ustaz Mahadir sedang menyampaikan cerita

Murid memberi perhatian terhadap ceramah yang disampaikan

Murid fokus

Kesempatan yang Allah beri pada hari ini amat memberi makna yang mendalam kepada warga SKTPP. Akhir sekali, Program ini diharap dapat menjentik hati warga SKTPP untuk lebih bertakwa dan berakhlak mulia selaras dengan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.


Saturday, 6 October 2018

Salam Jumaat

Salam Jumaat,
salam penghulu segala hari.

Rutin pagi Jumaat berjalan lancar. Selesai majlis bacaan yasin pagi ini diteruskan dengan bacan tahlil ringkas untuk mangsa lemas di tasik lombong berhampiran Taman Putra Perdana serta 6 anggota bomba yang terkorban ketika menyelamatkan mangsa lemas. Tragedi yang menyayat hati ini benar-benar menggemparkan penduduk Taman Putra Perdana khasnya serta menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dihadiahkan bacaan yasin dan tahlil untuk semua yang terkorban. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh mereka dan ditempatkan bersama golongan para syuhada'.

Suasana sayu atas kejadian yang menimpa. Semoga doa kami diterima.

Semoga kita semua mendapat rahmat kasih sayang Allah.
Murid tahun 6 meneruskan aktiviti-aktiviti selepas UPSR.
Rutin harian dimulakan dengan menunaikan solat sunat dhuha dan bacaan maathurat di Dewan Perdana SKTPP.
Beruntung murid-murid SKTPP tahun 6, guru-guru agama menyediakan buku Maathurat serta memberi pendedahan tentang zikir-zikir dan kelebihan membaca maathurat sedari umur sekolah rendah lagi.

Tekun..murid-murid menghayati bacaan Maathurat.



Didoakan semoga murid-murid SKTPP sentiasa mengamalkan segala yang dipelajari seterusnya menjadi anak yang kaya dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat... Insha Allah.

Friday, 28 September 2018

Bacaan Yasin oleh Guru2 & Ibu Bapa Sempena Anak2 UPSR

Sepanjang UPSR sedang berlangsung, guru-guru dan ibu bapa kepada anak2-anak UPSR menjayakan bacaan Yasin beramai-ramai di Surau An-Nur SKTPP yang diketuai oleh Ustaz Mahadir..

Semoga dengan usaha ini, calon-calon UPSR 2018 dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kecemerlangan... Aamiin.

Dilampirkan antara gambar-gambar sekitar majlis bacaan Yasin di surau...
                                          
                                          Image may contain: one or more people and indoor

 Image may contain: one or more people and people sitting








Disediakan oleh:
Ustazah Nurulhuda

Monday, 24 September 2018

Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR 2018..

Esok adalah hari yang amat ditunggu-tunggu oleh pelajar Tahun 6 seluruh Malaysia. Pada kesempatan ini seluruh warga PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKTPP mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2018 dan Selamat Berjaya kepada semua calon pelajar tahun 6 .

Di sini, dilampirkan Doa untuk menghadapi peperiksaan / ujian. Boleh amalkan..



Image result for doa untuk menghadapi peperiksaan upsr

Disediakan oleh:
Ustazah Nurulhuda