Monday, 25 January 2021

Guru Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab SKTPP 2021

Ustaz Mahadir bin Midun

Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Ustaz Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin

Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Ustaz Syed Farhan Hanafi

Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Ustaz Saiffol bin Ngabiah

Ustaz Mohd Hadri bin Ag. Idris

Ustaz Hariz Safwan bin Yaccob

Ustazah Norhamizah binti Hamzah

Ustazah Azizah binti Mokhlas

Ustazah Nurulhuda binti Hasbullah

Ustazah Nurzainon binti Mohd Rozali

Ustazah Faridatul-Akmal binti Ismail

Ustazah Noorayuni binti Ab Fatah

Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som

Ustazah Norlida binti Othman

Ustazah Umi Nazrah binti Saharoni

Ustazah Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim

Ustazah Norziani binti Zubir

Ustazah Syahirah binti Tumar

Ustazah Mawaddah binti Kamarulzaman

Ustazah Norazah binti Mohd Ali

Ustazah Fadhilah binti Talib

Ustazah Halijah binti Minhat

Ustazah Hastipa binti Mat Daud

Ustazah Norhidayu binti Sadri

Ustazah Nashirah binti Taib

Ustazah Nora Azean binti Che Othman

Ustazah Rabihah binti Amiruddin

Ustazah Nor Rafini binti Othman

Ustazah Salmi binti Adnan

Ustazah Ummu A’thiah binti Hashim

Ustazah Zalina binti Ismail

Ustazah Nur Azizati binti Ahmad

Ustazah Maizan binti Abdullah

Ustazah Nor Hanin binti Ismail



Disediakan oleh:
Ahmad Zunaidi bin Jinalabin


Friday, 4 December 2020

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1442/2020 Mengikut Norma Baharu

Tanggal hari Jumaat, 4 Disember 2020M bersamaan 18 Rabiulakhir 1442H telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah mengikut norma baharu melalui pautan di FB Live UBK SK Taman Putra Perdana melalui link https://fb.me/e/1JtL8HHxy. 

Majlis ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi  yang dipengerusikan oleh KP Bahasa Arab, Ustaz Zurilazman Bin Abdullah. 

Yang menariknya, penceramah jemputan khas yang diundang ialah PU Fendi yang merupakan penceramah selebriti yang tidak asing lagi dalam arena ini. Tajuk yang diutarakan berbunyi: "Rasulullah, Contoh Guru Teragung". Alhamdulillah, acara ini telah berjalan dengan lancar dan telah menarik minat penonton dan pendengar bukan sahaja dari warga SKTPP malah daripada orang luar yang singgah ke FB live tersebut.

Antara isi yang diketengahkan ialah tugas guru merupakan amanah yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru serta lakukan ia sebagai satu ibadah. Mendidik bukan satu tugas yang mudah serta cepat. Ia perlu melalui proses yang lama dan berterusan. Moga ia menjadi saham akhirat kepada para guru dan pendidik sekalian.

Majlis ini berlangsung selama 1 jam lebih dan berakhir pada pukul 11.20 pagi.

Di sini dilampirkan antara gambar-gambar sekitar majlis tersebut.



Poster majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah


Ceramah disampaikan oleh PU Fendi

 
Dipengerusikan oleh KP BA, Ustaz Zurilazman Bin Abdullah



Antara komen-komen positif dari para penonton

Semoga majlis ini mendapat Rahmat dari Allah dan memberi manfaat kepada para penonton dan para pendengar. Aamiin.

Disediakan oleh,

Ustazah Nurulhuda Binti Hasbullah
KP Pendidikan Islam,
SK Taman Putra Perdana

Monday, 21 September 2020

Selamat Menyambut Awal Muharam 1442 Hijrah

Pada hari ini 20 Ogos 2020 (Khamis), umat Islam di selurah dunia menyambut kedatangan tahun baru Islam 1442 Hijrah. Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem takwim kalendar hijrah. Selain itu, ianya memperingati periswa penghijrahan nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Pada bulan Muharam ini kita disunatkan memperbanyakkan berpuasa. Ini seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam.” (Sahih Muslim).


Sunday, 10 May 2020

Selamat Menyambut Nuzul Quran 1441 H





Tanggal 17 Ramadan setiap tahun Hirah, umat Islam akan menyambut sambutan Nuzul Quran bagi memperingati peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 kenabian Nabi Muhammad di Gua Hira' bersamaan dengan 6 Ogos 610 M. Ayat pertama yang diturunkan ialah Surah Al-Alaq ayat 1-5 melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Al-Quran adalah hidayah,rahmat, syifa', Nur dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.

Jom jadikan al-Quran sebagai pendamping hidup kita agar menjadi peneman di alam kubur dan mendapat syafaat di padang Mahsyar nanti.Aamiin.

" Ya Allah,rahmatilah kami dengan al-Quran"


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam SKTPP 2020
17 Ramadan 1441 H

Thursday, 23 April 2020

Selamat Menyambut Ramadan 1441 H

Assalamualaikum...

Kita akan menemui lagi Bulan Ramdadan pada tahun ini.Alhamdulillah..

Dilampirkan Niat Puasa Ramadan serta Doa Berbuka Puasa..



PENGISIAN RAMADHAN
1.      Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.
2.      Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail
3.      Meningkatkan amalan harian
4.      Menunaikan solat tarawih
5.      Bertadarus al-quran
6.      Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
7.      Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
8.      Memperbanyakkan sedekah
9.      Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
10.    Bersahur
11.    Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
12.    Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
13.  Menunaikan umrah jika mampu.

Selamat Berpuasa dan Selamat melakukan ibadah dengan sebaiknya.

Daripada :
Panitia Pendidikan Islam SKTPP 2020

Friday, 3 January 2020

Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Sempena Sesi Persekolahan 2020




Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat sempena Sesi Persekolahan 2020


Tanggal 3 Januari 2020  bersamaan 7 Jamadilawal 1441 H, diadakan Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat kali pertama bagi sesi persekolahan 2020.Disempurnakan oleh murid-murid  & guru-guru  beragama Islam di perkarangan Dewan Perdana SKTPP.

Semoga dengan bacaan Yasin & Doa Selamat ini dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun ini dan dihindari segala musibah.Aamiin.


Dilampirkan sebahagian foto-foto sepanjang majlis tersebut.


Image may contain: 7 people, including Ahmad Zubair and Zurilazman Abdullah, people sitting
Bacaan Yasin & Doa diketuai oleh  Ustaz Zurilazman. 

Image may contain: 7 people, including Ahmad Zunaidi, people sitting
Antara barisan guru lelaki yang bersama dalam majlis ini.

Image may contain: 10 people
Murid-murid mengaminkan doa yang dibaca oleh ustaz.


Image may contain: 9 people, crowd
Barisan murid tahun 6 yang mengaminkan bacaan doa.



Image may contain: 3 people, including Sabariah Ahmad, people smiling, people sitting

Barisan pentadbir bersama guru-guru mengimarahkan majlis.





 Laporan disediakan oleh : 
 Ustazah Nurulhuda.