Assalamualaikum dan salam kasih sayang.
Salam Ramadan.
Salam bulan kemuliaan, semoga kita mendapat keberkatannya.
Syukur alhamdulillah, segala puji hanya layak untuk Rabbul Izzati, aktiviti Ihya' Ramadan berjalan seperti yang dirancang.
Tahniah Panitia Pendidikan Islam atas penganjuran aktiviti yang bermanfaat ini.
Semoga anak- anak SKTPP benar-benar menghayati Ramadan sebagai bulan membaiki diri serta menyuci jiwa.
Sebagai pengisian aktiviti Ihya' Ramadan 2018, kali ini guru-guru Pendidikan Islam mengadakan aktiviti yang benar-benar menyeronokkan serta dapat menambah ilmu pengetahuan murid-murid SKTPP.
Aktiviti yang dapat dijalankan adalah Cinta Rasul.
- Cinta Rasul,
Aktiviti ini dijalankan pada waktu rehat. Murid- murid berkumpul di Dewan Perdana SKTPP dan guru-guru Pendidikan Islam menayangkan dan menceritakn satu kisah nabi. Alhamdulillah, murid-murid terkawal rapi. Mereka seronok menghayati kisah nabi yang diceritakan oleh guru-guru Pendidikan Islam. Lebih menyeronokkan lagi murid-murid teruja mendapat hadiah dari soalan-soalan kuiz yang dilontarkan oleh guru.
Syabas dan tahniah guru-guru Pendidikan Islam atas inisiatif menyemarakkan lagi rasa cinta pada rasul dan ketaatan pada agama.

Aktiviti-aktiviti program Jom Dakwah 2018 |
Seronok..murid dapat menjawab soalan kuiz dan menerima hadiah. |
Tekun...murid-murid mendengar kisah nabi. |
Bijak...Ada masa terluang, murid-murid pandai mengurus sendiri kumpulan tadarus Al-Quran. |
Bagus... murid ini dapat menghafal ayat Quran tentang larangan Allah kepada Nabi Adam agar tidak mendekati pokok khuldi. |
Kami guru-guru Pendidikan Islam SKTPP berharap semoga anak-anak ini terus memanfaatkan segala aktiviti yang dijalankan agar jiwa mereka dipenuhi dengan cahaya keimanan dan kepatuhan kepada Ilahi seterusnya menjadi insan yang cemerlang lagi berguna untuk keluarga dan agamanya.
InshaAllah.
Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir
No comments:
Post a Comment