Ramadan Bakal Menjelma..
Jom Siapkan diri kita dengan:
PERTAMA:
Berdoa
Dipertemukan Ramadhan
Banyakkan berdoa agar diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan. Buka setakat bertemu, bahkan agar Ramadhannya penuh makna. Demikian amalan para Salafussoleh. Antara rangkap doa yang dipanjatkan:
Banyakkan berdoa agar diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan. Buka setakat bertemu, bahkan agar Ramadhannya penuh makna. Demikian amalan para Salafussoleh. Antara rangkap doa yang dipanjatkan:
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ ، وَسَلِّمْ لِي
رَمَضَانَ ، وَتَسَلِّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
“Ya Allah,
serahkan diriku ini kepada Ramadhan, serahkan Ramadhan kepadaku, dan terimalah
(amalan) Ramadhan daripadaku.”
KEDUA:
Azam
Tadabbur Al-Quran
Ramadhan bulan Al-Quran.
Sambutlah bulan Ramadhan dengan membanyakkan bacaan Al-Quran.
Pesan Nabi Muhammad
S.A.W: “Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran akan memberi syafaat
kepada tuannya pada hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)
KETIGA:
Rancang
Ramadhan Terbaik
Sebelum mula berpuasa, paling utama niat untuk menjadikan Ramadhan tahun ini adalah yang sangat terbaik. Jadi, harus ada pelan tindakannya. Buat jadual sepanjang Ramadhan dan rancang aktiviti sepanjang
Ramadhan juga.
Sebelum mula berpuasa, paling utama niat untuk menjadikan Ramadhan tahun ini adalah yang sangat terbaik. Jadi, harus ada pelan tindakannya. Buat jadual sepanjang
Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa
yang berpuasa dengan iman dan mengharapkan reda Allah, diampunkan dosa-dosanya
yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari)
KEEMPAT:
Lebatkan
Dengan Taubat
Bagaimana prestasi amalan kita sejak Ramadhan yang lepas? Masya-Allah, azam untuk beramal selepas Ramadhan terbiar. Banyaknya salah silap yang dilakukan sepanjang tahun ini.
Bagaimana prestasi amalan kita sejak Ramadhan yang lepas? Masya-Allah, azam untuk beramal selepas Ramadhan terbiar. Banyaknya salah silap yang dilakukan sepanjang tahun ini.
Maka dahului kedatangan Ramadhan kali ini
dengan taubat selebat-lebatnya. Benar, pintu taubat sentiasa terbuka. Allah
S.W.T suka orang yang bertaubat. Sabda Nabi S.A.W: “Allah S.W.T sangat
gembira dengan taubat seseorang pada saat taubatnya. Kegembiraan itu lebih
daripada kegembiraan seseorang yang bermusafir di tengah-tengah padang kemudian
tunggangannya terlucut lari bersama segala bekalan makan minumnya. Dia pun
berputus asa, hanya mampu duduk berteduh di bawah pokok. Tiba-tiba
tunggangannya ada di tepinya lalu segera dia memegang tali kekangnya.”
Lantas dia mengucapkan: “Ya Allah,
Engkaulah hambaku dan akulah tuhanMu!” dia tersasul kerana sangat gembira.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Mustajabnya
Ramadhan..
Allah S.W.T menetapkan perintah berpuasa
Ramadhan dalam Surah Al-Baqarah bermula ayat 183 – 187. Menariknya dalam ayat
186 Allah menyebut tentang doa: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kamu
tentang-Ku, katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan doa apabila dia
berdoa kepada-Ku. Maka laksanakan perintah-Ku dan berimanlah kepada-Ku, moga
kamu selalu mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah 2:186)
Sesungguhnya manusia dalam hidupnya sering
menemui kesusahan, kesempitan, kekurangan harta, ketakutan dan seumpanya sangat
memerlukan pertolongan. Justeru Allah yang sangat mengenali diri insan lemah
ini menganjurkan supaya berdoa dan memohon pertolongan kepada-Nya agar keluar
dari segala kesukaran hidup dan diberi kekuatan khususnya dalam bulan Ramadhan.
Disediakan oleh:
Puan Nurulhuda Binti Hasbullah
Ketua Panitia Agama Islam
No comments:
Post a Comment